Thursday, July 31, 2008

dream a little, dream of me

aku ade seorg kawan yg agak sengal. opss.. pembetulan sebenarnya dia sangat sengal. nama dia elmo (bkn nama sebenar). dia adalah seorg gadis yg sgt suka merapu dan merepek. untuk mengetahui tahap kemerapuan dan kesengalan si gadis genit ini sila baca perbualan di bawah ini :

elmo : aku ade cerita best nak story kat kau. ( dgn nada excited)

aku : pasal ape? (buat muka malas nak layan)

elmo : pasal kau.. ( tersengih-sengih)

aku : pasal ape lak? ( tiba-tiba jadi berminat nak dgr)

elmo : last week, 3 hari berturut-turut aku mimpikan kau.. ( buat muka konon2 ade misteri)

aku : mimpi pasal ape eh? ( teruja)

elmo : aku mimpi kau bertunang.. ( sekali lagi buat muka misteri)

aku : ek? dgn siapa? kau nampak x muka org 2? hensem x? ( bertalu-talu soalan di tujukan
dgn nada triple teruja)

elmo : aku dah tau. kau mesti teruja punya.. ( cuba main tarik tali )

aku : cakap le ngan siapa ( separa merayu. elmo sgt suka kalu org merayu kat dia. teruja!)

elmo : hensem, kulit dia cerah. kau kenal dia ( masih berteka-teki)

aku : baik kau cakap sebelum aku simbah air ni kat muka kau ( mengugut )

elmo : jgn le garang sgt. takut i... ( buat suara miang )

aku : siapa?! ( hampir2 hilang sabar)

elmo : nama dia ada aziz kat belakang..

aku : abdul aziz ke?

elmo : bukan..

aku : si ajis 2 ke?

elmo : bukan..

aku : mana ade aku kenal org nama aziz selain 2 org mangkuk tu.

elmo : cuba lagi. dah nak dekat 2..

aku : xkan aaron aziz kot? dia dah kawin le.

elmo : bukan..

aku : malas lah nak teka beritau jelah. (putus asa)

elmo : betul kau nak tau?

aku : ye! siape?

elmo : jangan nyesal..

aku : x nye

elmo : betul ni?

aku : iye..

elmo : NIK AZIZ ( dgn muka selamba sambil ketawa terbahak-bahak)

aku : kau ni @#$(*&^%%$%@!&!

sesungguhnya aku sangat menyesal kerana terperangkap dalam perbualan bodoh seperti ini dgn si elmo 2. kesimpulannya, kawan aku ni memang sengal dan sedaya upaya cuba menjadi pak lawak yg x lawak langsung. cuba lagi ye elmo. practice make perfect. mane tau dgn lawak bodoh kau ni , kau boleh menang title Raja Lawak astro next season..

Tuesday, July 29, 2008

semalam yg penat bukan hangat ye..

semalam memang hari yg memenatkan. memang penat gila. gila punye penat. perkara yg begitu simple boleh jadi perkara yg memenatkan. mak tinggal kan aku kat stesen lrt gombak. dia suruh pergi um sendiri sbb dia ade appointment kat ampang putri pagi 2. aku pun dgn malas akur dgn perintah mak. aku kira ade 18 stesen dari gombak ke universiti. kebarangkalian untuk aku menyambung tido dlm train adalah sgt tinggi. nasib baik dpt duduk kalau kena berdiri lagi haru.

sampai kat stesen universiti terus aku berlari-lari anak mengejar bas rapid kl yg dah nak gerak. nasib baik abg driver 2 nmpak aku yg tgh berlari smbil tangan buat isyarat tunggu. aku pun menghadiahkan senyuman paling manis (manis sgt ke?) kat abg 2. mujur dia nak tunggu kalau x masak nak tunggu bas lagi satu. sampai je um ade satu benda penting yg aku notice semlm : mana perginye bas stop yg kat depan library 2? aku dah gabra. alamak nak turun kat mana lak ni. aku tgk org dlm bas 2 semua buat muka selamba je. so, aku pun xnak memalukan diri sendiri dgn menekan loceng, aku pun join the crowd buat muka selamba gak. padahal dlm hati dah gundah.

rupanya, bas berhenti kat hentian satu lagi. aku confuse. bas ni dah x lalu dpn dtc ke? oleh kerana aku ni memang slow sket pagi semlm, aku pun turun le again, join the crowd. aku pun start menapak menuju ke bangunan peperiksaan. halfway menapak, aku nampak bas lalu ke arah dtc. terus aku tepuk dahi sambil memaki diri sendiri. kan jln sehala, obviously bas akan lalu gak kat depan dtc. kalo x camne nak keluar, kan? agak bodoh jugak lah aku ni.

sampai kat bp aku tgk lautan manusia dah membanjiri perkarangan. mcm kat jom heboh lak perasaannye. mata aku terus roaming carik si elmo sambil tgn ligat membls sms dia. kat mane, kat mane dia tanye. x sabar betul minah ni. finally aku pun nampak le kelibat si elmo. dari jauh aku perasan ade perubahan di wajah dia yg semakin ayu. cewah.. dah pandai pakai eyeshadow lak minah ni. warna pink lagi. bagus-bagus, ada perubahan.

kami pun terus beratur ambik nombor. 3012 adelah nombor aku semlm. dah ambik nombor kami pun terus proceed ke kaunter 3. naik je kat atas 2 terus carik tmpt nak duduk then ternmpak kengkawan yg dah lame berkampung kat situ. almaklum le dah lame x jumpe bile dah berjumpe banyak le gosip2 hangat, yg dah x berape nak hangat pun dikongsi bersama. bak kate mat saleh sharing is caring. yelah 2, menambahkan dosa aku jer..

masuk je kat tempat jubah 2 aku terkejut. oh man! saiz s dah abis xde satu pun yg tinggal. saiz m,l ,xl berlambak lagi. alamak x lawa le aku kalo pakai jubah size m.. dgn pasrah aku pun try le jubah saiz m. tgh sibuk2 try, pakcik yg in charge kat situ melaung-laung sape nak size s, ni ade ni. sape cepat die dpt. mcm kat pasar malam lak. aku pun dgn pantas menyambar jubah yg pakcik 2 hulur. sorry ye cik kak yg pakai baju pink 2. x sengaja nak berebut ngan awk. sape suruh sambar lmbt sgt. dek kerana aku yg sambar dulu, pakcik 2 kasi kat aku. dgn muka x puas hati cik kak baju pink menjeling kat aku sambil merengek kat pakcik 2 : saye dah lame tunggu kat sini, abg kate nak bagi kat saye. abg? obviously pakcik 2 dah tua. ade ke dipanggil abg?

aku x peduli yg penting aku dpt saiz s. aku memang cekap sket bab sambar menyambar ni. teknik ni aku selalu guna time sale especially kat sogo hehehehe... anyway saiz s @ m mcm lebih kurang je tahap kebesarannye. dah nama pun jubah memang le besar kan. dah siap semua urusan and dah puas hati aku pun balik. lagi sekali aku kena lalu 18 stesen. sampai kat gombak mak membebel sbb dia kena tunggu lama. malas nak cari gaduh aku just senyap je. dgr je ape dia nak bebelkan. nak suruh mak senyap senang je aku pun cakap : mak belikan org kereta, lps 2 mak xyah susah2 nak tunggu org lagi. terus mak berhenti membebel. takut le 2. kesian mak dpt anak senget cam aku ni.

sampai rumah, mak paksa aku cuba jubah dia nak tgk. masalah nye aku x tau camne nak pakai hood 2. dah mcm2 gaya aku try tapi semuanye mcm x kena. hmm... mcm mana ni? ade x org boleh tolong aku? aku xnak le hari konvo nanti aku pakai hood lain dari org lain. nampaknye kena S.O.S si elmo nih..

Thursday, July 24, 2008

ayat-ayat cinta

penempatan tuan/puan akan dimaklumkan semasa taklimat. oleh itu sebarang pertanyaan mengenai dimana tuan/puan ditempatkan sebelum tarikh tersebut tidak akan dilayan.

aku
suka
ayat-ayat cinta
diatas.
mencabar
kesabaran
dan
buat aku
berdebar
tahap
dewa.
pandai kamu
buat
ayat-ayat cinta
yg romantis.
smpai
aku
x lena
tido.
kalau
3 bulan
boleh tunggu
xkan
2,3 hari
xleh
kankankankan..
cisss...

Wednesday, July 23, 2008

aku sepatutnya rasa happy tapi

kenapa aku rasa sebaliknya. sekrg ni perasaan yg aku ade hanyalah rasa nak nangis. nak nangis kuat2 cam anak sedara aku selalu buat sambil guling2 kat lantai. korang x payah pujuk. biar je aku nangis puas2.

betul le ape mat salleh kate : be careful of what u wish 4, u might just get it.

ya, dulu memang aku nak tapi

sekrg aku dah x nak.

aku buat ape pun or cakap ape pun sekrg ni dah xde guna dah. benda dah jadi x boleh undo. kalau aku pnya kuasa nak mengubah kenyataan tu x lah aku semiserable ini.

what to do? just face it je lah. hadapi dengan senyuman bak kata Dewa 19. tapi boleh ke aku terus tersenyum dengan ape yg dah berlaku? it is easier said than done.

haih.... hari ni je entah berapa kali aku mengeluh. x baik mengeluh, aku tahu but can't help it.

sekrg ni hujan turun dengan lebatnye di selang-seli dengan panahan petir. mcm tau2 je aku ni tgh miserable.

xde siape faham perasaan aku sekrg ni dan aku x minta untuk difahami. i just need time to swallow this whole thing. i need to be on my own. bertenang...

tadi bertukar pendapat dgn Adele. dari cara percakapan dia aku rasa dia dpt teka ape yg tgh bermain dlm otak aku ni it just she didn't say it out loud. nak jaga hati. kata2 dia buat aku rasa extra terkilan. pasrah, yup that the most suitable word to sum up my feeling right now.

kita merancang Tuhan yg menentukan. dah memang tertulis itulah nasib aku, itulah perjalanan hidup aku. tapi aku percaya everything happens for a reason. i might not see it now but maybe later i'll be thankful for it happen to me.

walau pahit mcm mana sekali pun aku xde pilihan just telan jelah. this time life really spat me out big time.

Monday, July 21, 2008

jalan-jalan

last February i went to pulau redang with my course mate as our last trip together before all of us parted ways. in the midst of nak kena hantar assignment yg berlambak, we still managed pergi ke pulau redang untuk bersuka ria. imagine ade assignment due hari isnin but instead of siapkan the assignment over the weekend, kami memilih untuk pergi ke redang.

* a bunch of crazy people*

without a doubt, redang has very magnificent and breath taking views. the beach is crystal clear, compared with the beaches that i went before this. x kotor langsung and the air is so fresh. no air pollution at all. it's good to clear up my severely polluted lungs.

*view from my chalet*

we spent our time there with snorkeling, swimming, snorkeling, swimming and snorkeling and swimming. since we're on the island there's nothing much to do besides those two things. the snorkeling activity was quite fun but it wasn't my cup of tea because i can't swim and i can't see clearly without the help from my glasses. there's nothing much for me to see down there. honestly the coral looks the same for me.


*pulau lima*
one of the island we went for snorkeling

when we're not snorkeling, we just lay down by the beach, get our skin tanned. ramai-ramai lah kami berbaring di tepi pantai ala mat salleh mengtanned kan badan but with our clothes on lah. gadis melayu style..

overall the trip was fun and enjoyable except for the cut and bruises that i get all over my body. lepas ni kalau nak pergi lagi, i need to learn how to swim first and pakai lens instead of glasses.

on the way balik kl baru teringat yg assignment x siap lagi. lupa daratan betul! apalagi dgn badan yg sgt letih pulun buat assignment. padan muka! org suruh buat awal-awal x mahu. well, what can i say procrastination is my middle name.

natijahnya, keesokan hari, kami semua pergi kelas dgn muka yg hitam akibat severe sunburn, bdn yg lebam dan sengal2 dan mata yg sembab dan hitam mcm panda akibat x cukup tido buat assignment but it's all worth it.

Saturday, July 19, 2008

what you need 2 b happy?

ned : you're the only one for me.

chuck : i know that you feel it now but there are things you want, there are things that we both want.

ned : so? everyone wants stuff. we wake up everyday with a list of wishes a mile long. and maybe we spend our life trying to make those wishes but just because we want them, doesn't mean we need them to be happy.

chuck : what you need to be happy?

ned : YOU.

awww... so romantic. that's why i like pushing daisies so much. wish someone would say that to me. yeah, call me hopeless romantic. it's true because that's who i am.

there's a question that have been bugging me for awhile : how can you be so sure the person you're with is the one for you? i don't know the answer since i haven't found my " THE ONE" yet.let's ask my friends who have found their the one via e-mail since they've stop responding through sms nowadays.

well come to think of it, what do i need to be happy?

Thursday, July 17, 2008

panas hati

hari ni kenapa semua org menaikkan darah aku? sesungguhnya aku tersangatlah MARAH + SAKIT HATI terhadap makhluk Allah ni. kalau mereka ade dpn mata aku ni dah lama aku ketuk kepala mereka. BENCI betol!!!!!!

susah sgt ke kalian nak membls message aku? aku bertanyakan tentang sesuatu yg berfaedah bukan mengajak kamu untuk membazirkan kredit dgn omong kosong.

jawapan cliche dr hamba Allah yg 24 jam aku menunggu reply dr die : sorry xde kredit.

damn

alasan cliche yg membuatkan aku x jadi nak marah. fine, aku paham.

lagi satu alasan yg x masuk akal dr makhluk Allah yg kedua : sori aku x ingat letak hp kat mane semlm. ni baru je jumpe.

bullshit

aku kenal kau dah lama. jgn nak menipu boleh x? kau dan hp mcm adik-beradik kembar siam yg melekat antara satu sama lain sejak dari dlm perut ibu dan lahir ke dunia ini memang x boleh nak dipisahkan. lain kali buat alasan logik sket boleh x?

aku lebih suka dgr jwpan cliche drpd jawapan yg x masuk akal. kalau rasa2 mcm xnak jawab soalan aku just let me know and i'll delete your number from my phone. kamu ni adalah makhluk tuhan paling bodoh, tau x?

Wednesday, July 16, 2008

x pergi tuisyen ke hari ni dik?

tadi ikut mak pergi ke kedai untuk membeli juadah mkn tgh hari. since kami berdua je ade di rumah mak merasakan lebih wise jika dia hanya membeli instead of memasak. anyway, dia pun xde masa nak masak. aku pulak versi me + kitchen = disaster. buang masa je suruh aku masak. bukan langsung x pandai tapi malas.

sampai kat kedai 2 mak pun tanya aku nak ape. aku pun terus tunjuk nak ayam. x kisah ayam 2 masak ape mesti aku makan punye. mak geleng kepala. asyik ayam je. hari2 pun nak mkn ayam. mak, kalau org x mkn ayam, nak mkn ape lagi? seafood memang tolak tepi sbb alergic and aku x suka seafood. ikan pulak memang x pernah masuk dlm diet aku. kenape? ntah, memang dari kecik aku x suka mkn ikan. jgn ditanya kenape, aku pun x sure kenape aku begitu anti dgn ikan.

makcik kedai 2 memang sgt peramah. borak ngan mak cam dah kenal lame. mak pun layan je si makcik 2. sambil borak ngan mak, si makcik 2 pun menjeling ke arah aku sambil bertanya

makcik : hari ni xde tuisyen ke dik?
aku : ha? (dgn nada yg sopan)
makcik : x tuisyen ke ari ni? SPM hujung taun ni kan?
aku : x, dah abis sekolah dah. (masih dgn nada sopan, sambil tahan ketawa)
makcik : memang lah sekolah dah abis. pukuk berapa dah ni. semua org dah balik.

aku jadi speechless. makcik ni biar betul. die x paham BM ke ape? perlu ke aku mengulangi jawapan aku tadi? atau aku yg berbahasa lain selain BM? aku pandang mak, mak pandang aku sambil matanye berkata-kata kepadaku xpe biar mak explain. mak pun explain ngan pjg lebar kat makcik yg matanye terkebil-kebil mendgr cerita mak.

bukan sekali 2 incident begitu terjadi kepadaku. ramai yg salah tafsir dan anggap aku baru 17 taun. padahal umur aku dah 24 taun, bukan remaja tapi dah dewasa. aku x kisah pun, sikit pun x mengganggu emosi aku. itu kuanggap seperti compliment yg bermaksud aku nampak muda. i like hahahahaha....

Monday, July 14, 2008

nasibku....

mak memang excited kalau masuk bab graduation nih. especially when it comes to baju colour ape yg patut dipakai. for me, aku x kisah sgt colour ape tapi just make sure the colour compliment and blend with my skin tone well. it's very important cos i don't want to end up look hitam cam arang hehehe...

another thing, i'm not really good in choosing the right corak. mak always disagree with my choice of motive and pattern. she always said apesal pilih corak tu. mcm budak2 nyer baju. aku punye suka le nak pilih corak mcm mana pun (ckp dlm ati jelah). since aku minat colour hitam and purple, kebanyakkan baju kurung aku mesti berasaskan that 2 colours. bukannye ape senang nak match and padan ngan warne kulit aku nih.

dek kerana aku malas nak dgr ceramah mak, aku pun dgn separuh rela menyerahkan tugas memilih baju kat mak. dgn senyuman yg plg manis dia menerima tugas tu dgn hati yg terbuka. on the second thought i kinda regret it cos mak definitely going to choose something that is totally opposite with what i like.

so, dgn malasnye aku pun ikut lah dia pergi ke kedai kain. the truth is dlm bnyk2 kedai dlm dunia ni, kedai kain le paling aku benci nak masuk. rase mcm pening2 bile masuk kedai kain. masa aku form 2 aku pernah pitam kat dlm kedai kain siap muntah2 lagi. from that moment on, aku memang x suka langsung pergi ke kedai kain.

since that incident, aku pun jarang pergi kedai kain. mak aku pun x nak bwk sbb aku selalu ajak balik walhal x sampai 10 minit kat kedai tu. mak,akak and angah share the same interest. dieorg bertiga memang suka shopping kain. they can spend up to 4 or 5 hours in kedai kain. amazingkan? their endurance to shop never fail to amaze me.

oleh kerana aku dah bagi tugas memilih kat mak, aku dah xde hak untuk mengomen pilihan yg dah dibuat. mak dgn suka hati memilih warna hijau yg teramat striking untuk aku. seriously, me in GREEN baju kurung? mak, are you try to prank me or what? i can't imagine it. let's just hope that my skin won't turn into hitam mcm arang when i wear it if not memang disaster. well, just wait and see..

Sunday, July 13, 2008

counting down the days

i have less than a month before my convocation. what i need to do now is to make sure my face is free from any breakouts and ugly volcano eruption. my dear pimple, you are my best friend but please don't show up on that particular day. i really need to be pimple free for that day.

my convocation is scheduled on the 6th of august, the evening session. i really hope my entire family will be there. mak definitely will be there. she's more excited than i am about this whole graduation thing. another person that i wish could be there is si dia. but i'm not so sure if he's going to be there. i hope he can make it since i'm in the evening session or he may not be there. thus, i don't want to put high hope on his presence. but i still want him to come and celebrate with me.

well, either way, i need to prepare myself to listen to his ridiculous and lame excuses on why he couldn't make it. whatever. i don't care. (it's a lie, i do care!)

Monday, July 7, 2008

kita serupa

kegemaran aku sekrg ni adalah membaca blog. macam2 kisah yg aku dpt hasil dari pembacaan aku. ada yg kelakar, sempoi dan jugak sedih dan touching. setiap satu kisah yg aku baca kadang2 memberi kesan kepd aku. baru aku tau sekarg yg bukan aku sorang

rasa dunia ni x adil

bertepuk sebelah tangan

mencari ketenangan jiwa

dikhianati org yg dipercayai

jiwa kacau

memendam perasaan

mencari cinta di tempat dan waktu yg salah

terpaksa meneruskan kehidupan tanpa kehadiran insan bergelar ayah

ramai lagi makhluk Allah di atas dunia ini merasakan apa yg aku rasa. selama ini aku ingatkan hanya aku sorg sahaja yg melalui semua itu. walaupun kita x kenal antara satu sama lain dan mempunyai pegangan hidup yg berbeza but sometimes we share something in common without knowing it. kita serupa....


Sunday, July 6, 2008

:)

i'm very happy now. at last he breaks the silence between us last night.

dia : hi
aku : hi (frowning cause i was surprised that he actually text me)
dia : apesal lama menyepi?
aku : quite busy lately (it's a lie. i'm not busy at all)
dia : oh, is it? thought awk dah x ingat kat saye.
aku : (nearly faint, almost lost for word) perlu ke saye ingat kan awk?

actually it's not what i intended to say. what i really want to say is that i've been thinking about you. but i'm not going to give him the pleasure of feeling as if he is the centre of my life and that i can't function without him.

dia : saye tak pakse awk ingat saye selalu (lol)

then, we chatted for a while and we stopped just about before we had another fight, AGAIN. that's how we communicate with each other. it's either aku yg menyakitkan hati die or vice versa. anyway that's not the point. the point is that he makes me very happy. feel like i want to give everybody flowers just like zoela did in sindarela. awak, thanks because you make my boring day bright :)

Saturday, July 5, 2008

anak manja

Bolehkah aku di klasifikasikan sebagai anak manja? Memang x dinafikan aku memang sedikit over manja especially ngan family tapi kalo ngan org lain aku x sgt kot. Aku ade sorang adik tapi kekadang aku cam confuse siape akak siape adik sbb kadang2 perangai aku cam lebih manja drpd adik aku. Bukan selalu, kadang2 aje.

When mention about anak manja, aku teringat peristiwa yg berlaku mase aku darjah 4. sbb dek tragedy 2 lah aku dicop sebagai anak manja oleh semue kwn skolah aku. Kejadian 2 bermula bila mak suruh aku pegi kedai belikan gula (kalau x silap). Aku pun ajak le adik aku temankan. Die naik basikal aku naik kaki. Bila dah siap beli aku pun jln le nak blik rumah. On the way blik aku terserempak ngan 2 org classmate aku si Mamat dan si Abu ( bukan name sebnr) dieorg tgh main lempar2 batu. Xde kerje lain le 2 main lempar batu. Bile dieorg nmpk aku jln sorang2 dieorg pun sebok acah2 nak lempar batu kat aku. Aku buat x tau je kat dieorg. Ingat kan memain je nak baling batu kat aku rupanye dieorg baling betol2. ade 2 bijik batu kene tepat kat perut aku. Dek kerane sakit aku pun nangislah. Seriously, sakit betol sumpah x tipu. Si budak berdue 2 bile tgk aku nangis, dieorg pun terus lari blk rumah memasing. Aku pun blik rumah smbil nangis.

sampai kat rumah aku bagi gula kat mak. mak tgk aku nangis die tanya kenape aku geleng kepala aje. malas nak cerita. lepas 2 aku nak masuk bilik terserempak ngan ayah aku. die baru keluar dari bilik die. ayah pantang sket kalo tgk ank die menangis x tentu pasal. bagi die xde org nangis x bersebb. oleh kerana ayah sgt garang dan aku sgt takut ngan die, aku pun ceritalah ape yg terjadi. ayah tgk perut aku yg kena batu 2. merah cam lebam sket. aku pun terkejut. tadi cam xde ape2 je. ayah terus panggil mak tgk perut aku. lepas 2 die suruh akak aku ambik kunci kereta. die kata nak pegi jumpe parents si mamat dan si abu. alamak! aku dlm ati dah takut. ayah kalo marah Tuhan je tau ape yg die nak buat.

bile sampai kat rumah si mamat 2 ayah pun terus jumpe ngan bapak die. ayah ckp elok2 x jerit2 pun. aku yg dok dlm kereta ni dah ketar sebb takut. pakcik 2 tgk le perut aku yg dah lebam hasil kerja tgn anak die. aku x tau ape ayah ckp ngan pakcik 2 then kami pun balik le rumah. aku ingatkan dah settle so dgn suka ati aku pun pegi skolah cam biase keesokan arinya.
manelah aku tau kwn skolah yg lain dah tau pasal kejadian 2. dieorg semue xnak kwn ngan aku dan aku dicop sebagai anak org kaya yg manja. fitnah semuanye 2. bila mase pulak aku ni anak org kaya? x suke sgt mase 2 semue org cam pulaukan aku. ade 2,3 org je nak kwn ngan aku. lama jugak lah aku dipulaukan. angah aku pun turut same terbabit dlm hal ni. die siap x bertegur sape ngan kakak si mamat 2.

manelah aku tau benda nak jadi cam ni. kalo aku tau org smpai nak bermusuhan sumpah aku tahan je air mata aku 2 dan x cerita ngan ayah aku yg garang 2. well, benda dah jadi nak buat cam mane kan. from that moment on aku pun dah x cerita ape2 kat ayah, ade org ejek ke, sorok buku aku ke, semuenya aku senyap kan aje. x cerita ngan sape2 especially angah aku. sbb die 2 menurun perangai ayah. panas baran. masuk darjah 5 aku pun pindah skolah. sampai kesudah si mamat 2 xnak berckp ngan aku. dendam sungguh die ngan aku. kwn aku cerita die kena rotan teruk ngan bapak die sbb aku. that's why le die nyampah sgt ngan aku. whatever bukan salah aku, kau yg jahat.

as the conclusion, i am definitely not anak manja. keadaan yg memaksa aku jadi begitu hahaha...anyway, sekrg ayah pun dah xde. aku pun dah xde chance nak mengadu ngan die lagi :(
ayah... ade org buat jahat ngan orang. tolong rotan die yah.... hmm....how i wish he can hear me out.

ku mau

aku teringin sgt nak memilikimu


tapi aku x mampu.
aku hanya boleh memilikimu


since harga minyak pun dah naik
aku buat keputusan untuk
menaikimu sahaja

patheticnya hidup ku ini....

Friday, July 4, 2008

renjis

Last weekend pergi jb, rumah kakakku yang tersyg. Selain nak melawat die yg dah lame x bersua muka ( ye ke lame? Rase cam baru last month gi pd ngan die) ade niat tersembunyi. Nak mintak die hantar aku gi kenduri kawin kwn kat lota tinggi. Puas merayu baru die willing nak drive kan aku ke sane. Anyway, bukan die pun yg drive. Abg ipar aku yg jadi mangsa. Sian along hehehehe…. Akak just dok kat sebelah jer itu pun nak bising.. die suruh aku gi sendiri drive kereta die tapi aku buat alasan cliché x tau nak ikut jln mane. Tapi memang aku kureng arif pun.

Dalam mase 2 bulan abis study nih dah 2 org kawan aku kawin. Bulan 5 ari 2 aku berangkat ke KB. Walaupun jauh aku gagah kan jugak diri ni pegi meraikan hari bahagia org. mase kat kenduri tu lah si zaza menghulurkan kad jemputan perkahwinannya pade aku. Mase tu terkejut gile. Before this, die ade mention nak settle down ngan die punye gf right after abis study. Aku ingatkan die memain. Rupanye betol2. aku tanye die bile masa die bertunang. Dgn muka selamba die pon kate “dah 4 taun aku bertunang”. Aku tanye lagi bila masa lak? Apesal aku x tau. Dgn muka selamba jugak die menjawab “ aku ade kasi tau kau. Siap tunjuk gambr kat handphone lagi. Xkan x ingt” aku pun dgn segala susah payah cuba bukak balik fail2 lama dlm otak aku nih. Pikir punya pikir baru aku ingt si zaza penah tunjuk gambr die ngan gf die pakai baju warna putih. Aku ingtkan gambr 2 die ambk mase raya. Org bercinta kan suke pkai baju sedondon nih. So, aku assume dieorg just sengaje nak pakai baju same. Die ade ckp ni le gmbr majlis tunang aku. Aku ingtkan die gurau je so x ambik pusing pun dgn omong kosong die 2.

Tipah tertipu betol! Akhirnye si zaza pun selamat diijab Kabul dgn tunang die. Masa sanding kelakar sgt sbb die buat muke control macho. Anyway kau memang naturally kacak so x payah le nak control lebih2. Ramai jugak kwn2 lain yg dtg especially yg dok kat johor. Kalo x dtg 2 memang sengaje nak carik gadoh. Aku yg dok jauh ni pon leh dtg. Baiknye aku hihihihi…. Majlis 2 sgt sederhana tapi meriah. Makanan pon best tapi kesian mase bersanding hujan turun dgn lebatnye. Tapi x kisah lah 2. yg penting semuanye berjln ngan lancar.

Aku suka ngan cara si zaza yg buat persiapan kawin senyap2. X mcm kwn aku yg sorang 2. Buat persiapan nak bertunang pon heboh dicanangkan kat semua org. tapi smpai sekrg x bertunang lagi. Ari 2 kate hujung bln 5 tapi ni dah masuk bln 7 sepi jer… xkan x jadi kot? Moral of the story, bersederhana lah. X payah berkobar-kobar sgt cerita ngan semua org takut x jadi lak. Anyway to my dear zaza and his wife selamat pengantin baru. Semoga ikatan yg anda bina kekal buat selama-lamanya. Tunggulah undangan kawin aku lak dalam mase 10 taun lagi itupun kalo aku kawin la hahaha...