kehadapan fatin,
assalamualaikum. apa khabar? saya harap awak sihat. nama saya nabil. saya dari kelas 4b. saya kenal awak tapi mungkin awak tak kenal saya. awak cute. sebenarnya dah lama saya suka kat awak. awak suka kat saya tak?
pecah kaca,
pecah gelas,
sudah baca,
harap balas.
p/s : err.. kalau nak balas, letak saja bawah meja awak. esok saya ambil. saya tunggu jawapan awak.
Monday, November 2, 2009
lovebug
Posted by d.o.n.u.t.m.a.n.i.s at 12:18 PM 0 donut(s)
Thursday, September 10, 2009
numbernombornumero
hari semalam, ida bertanyakan aku satu soalan. kenapa aku memilih untuk menjadi cikgu bi? kenapa tak mahu jadi cikgu maths? ajar math lagi senang katanya. bi susah. aku senyum kat ida. ini jawapannya :
dalam banyak-banyak subjek masa zaman sekolah dulu, subjek yang paling aku tak suka adalah matematik. aku allergic sikit dengan nombor. bila sampai waktu math aje kepala aku dah pusing, mata pun berpinar-pinar. benar, aku tak bohong. dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah aku mengalami gejala pening kepala bila belajar math. benda senang pun boleh jadi complicated.
aku ingat lagi masa upsr dulu aku dipaksa duduk di meja guru sedangkan kawan-kawan yang lain boleh duduk di tempat masing-masing. cikgu maths aku time tu namanya Puan Haliza. garang gila. setiap kali masa dia je aku kena duduk berduet dengan dia di meja guru. hari-hari kena marah sampai aku naik takut nak belajar maths dengan dia. sebenarnya cikgu tu baik orangnya tapi kalau dah dapat student slow macam aku, memang la dia akan naik darah. sekarang baru aku faham perasaan dia. resultnya, Alhamdulillah.
masa pmr pula lebih kurang sama. hari-hari masuk kelas pemulihan maths. cikgu yang mengajar tu pun naik muak tengok muka aku. ajar benda yang sama berulang kali, aku still tak dapat-dapat. kalau kawan-kawan yang lain takut nak belajar bi, aku pula bernyanyi riang bila time bi. cikgu bi aku memang garang tapi aku suka dia sebab dia tak pernah marah aku. kiranya aku ni teacher's pet lah. bagilah soalan apa pun past tense, present tense, adjective semua aku boleh jawab dengan confirm and confident. ligat aku mengangkat tangan nak menjawab. kawan-kawan lain naik menyampah tengok aku tapi bila maths aje aku sorok tangan. result math aku masa pmr, oklah. tak ke laut sangat.
masa spm pula aku cuba buat yang terbaik. dah tak boleh main-main. ini menentukan masa depan aku. ligat pergi tuisyen hari-hari. masa awal-awal tahun, add maths aku tak pernah lulus, asyik fail aje. hebatkan? aku pelik, aku rasa dah banyak buat exercise tapi still tak pass juga. frust gila time tu. di saat-saat aku hampir nak give up, ada hamba Allah ni memberi pertolongan kepada aku. nasib baik dia ada kalau tak pasti tercatat 9 di sebelah subjek add maths aku. terima kasih kepada si dia.
masa di u aku dah selamat tak payah ambil apa-apa subjek yang berkaitan dengan math. cuma masa first year dulu aku wajib ambil numerical literacy. macam maths tapi struggle juga nak score. pendek kata, turun lah cikgu dari langit pun nak mengajar aku maths, rasanya aku still tak pandai juga. come to think of it, maths not that difficult cuma otak aku agak slow untuk digest nombor.
tahun lepas lagi best, gb tanya aku boleh ajar math tak. muka aku dah biru. biar betul dia ni nak suruh aku ajar maths. dia tak tahu sejarah hubungan aku dengan subjek maths agaknya. dengan lajunya aku geleng kepala. bagilah aku subjek lain asalkan jangan maths. nanti tak pasal-pasal ke laut budak-budak tu.
itulah sebabnya kenapa aku mengajar bahasa. panjang menjela jawapan aku. ida pun naik bosan nak dengar. mesti dia menyesal tanya soalan tu kat aku. padan muka kena dengar aku membebel.
Posted by d.o.n.u.t.m.a.n.i.s at 7:43 AM 1 donut(s)
Sunday, September 6, 2009
:)


Posted by d.o.n.u.t.m.a.n.i.s at 10:57 PM 3 donut(s)
Friday, August 14, 2009
selamat ulang tahun sayang...
macam gedik aje tajuk entry kali ni. bukannya apa baru lepas dengar lagu ni. aku tak layan sangat lagu mendayu-dayu, tak jiwa. hari ni kena tahan telinga dengar si ida punya kompilasi lagu-lagu jiwang gila. boleh tahan jiwang minah ni. bila start je lagu spoon rindu serindu-rindunya, aku dah tak tahan. baik aku angkat kaki pergi lab sebelum telinga aku bernanah di pagi Jumaat yang mulia ni. kali ni aku nak tulis pasal benda lain, takde kena mengena whatsoever dengan perihal sayang-sayang ni. not my forte.
aku rasa macam best kot dapat mengajar kat sana especially kat pulau-pulau. kurang pemantauan dari ppd dan org jpn pun jarang datang. aku memang kagum dengan kawan-kawan yang mengajar di sana. kuat betul semangat mereka. betul juga cakap kak mary kalau dia tak pergi siapa nak beri pendidikan pada orang di sana. dah nampak ciri-ciri pendidik yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
aku di semenanjung ni pun ada cabaran juga. sekarang aku hidup bertemankan unggas dan dikelilingi oleh pokok kelapa sawit. untung noli at least tempat dia ada kfc. kat sini mana ada. bangunan paling tinggi kat sini selain dari bangunan sekolah adalah kuarters yang aku duduk. itu pun ada 5 tingkat je. yang bagusnya di sini pagi-pagi tak jam. boleh keluar lambat tapi still on time. takde pencemaran udara. dah puas selama 6 tahun menghidu udara tak nyaman kat kl. back to basic. bersihkan paru-paru yang dah lama tercemar ni.
a league of extraordinary teachers!Posted by d.o.n.u.t.m.a.n.i.s at 7:55 AM 5 donut(s)
Sunday, August 2, 2009
cerita tentang TESLian
baru-baru ni dapat peluang jumpa semula member lama yang jauh di mata tapi dekat di hati. ini semua gara-gara kissm dan btn. kalau tak kerana 2 kursus yg equally bosan ni kami semua takkan dipertemukan semula. ala-ala jejak kasih la. rumah nani di ampang jadi rumah tumpangan aku, jane dan dila. setelah hampir 10 bulan kami berpisah tempat tidur, akhirnya aku dan dila kembali tidur bersama dan berkongsi tilam. just like the good old days. * jgn bimbang, selain dari jadi sleeping partner, hubungan aku dgn dila tak lebih dari itu. kami sangat normal malahan tersangat lah meminati kaum adam kan dila kan...*
kali pertama menjejakkan kaki di IPGIK yg dulunya dikenali sebagai MPIK aku disambut dengan hilai tawa vilo. gila punya kuat minah itu menghilai. kalau takde dia mesti suasana muram. laksana hari mendung tanpa pancaran matahari. dia memang "matahari" kami.
as usual, bila dah lama tak jumpa sesi bersembang akan dimulakan secepat mungkin dan berterusan hingga ke dalam dewan kuliah. bukannya dengar sangat lecture tapi busy bersembang. terlampau banyak perkara nak share. kami mengamalkan sikap sharing is caring. kesian lecturer yg bercakap kat depan tu. macam bercakap dengan dinding. nak buat macam mana, topik yang dilecture kan tu sangat bosan.
kadang-kadang aku terfikir apa relevannya aku ambil tahu pasal panjar wang runcit la, panjar khas la dan bermacam-macam panjar lagi. aku bukan nak uruskan kewangan tapi core bussines aku adalah mengajar. ternyata singkat betul pemikiran aku di kala itu. sebagai penjawat awam kita perlu tahu perkara-perkara begini walaupun takde kena mengena langsung dengan bidang kerja. topik yang paling aku gemar sekali adalah perintah am yg berkaitan dengan kenaikan pangkat, elaun dan cuti. tekun aku mendengar dan menyalin. kali ini aku menganggukkan kepala tanda aku faham dan bukan kerana aku mengantuk. aku akui ada kalanya aku terlena di sebalik buku sewaktu mendengar ceramah. biasalah human nature. kalau bosan mesti mengantuk.
di akhir kursus bersama Tuan Haji Mat Akhir yg terpaksa bersabar kerenah kami yang mengalahkan budak budak sekolah rendah. Tuhan sahaja yang tahu betapa sabarnya dia melayan kami, a bunch of crazy people that have the ability to make other people become crazy as well.
di akhir btn. walapun penat, bila time bergambar aje, penat boleh letak tepi sekejap. apa-apa hal kita posing dulu! ya, kami memang suka bergambar. cuba tengok kat facebook berlambak-lambak gambar. mcam-macam aksi tapi aksi erotic takde la. nanti jadi kisah guru terlampau pulak. moto kami semasa btn :
apa yang penting?
kerjasama!
anyway, you guys memang rock. so hopefully reunion yang di plan hujung tahun ni jadi la ye. aku tak kisah pergi mana pun. aku on je..
Posted by d.o.n.u.t.m.a.n.i.s at 1:20 AM 4 donut(s)
Tuesday, May 12, 2009
perasaanku tentang perasaanku terhadapmu
have you ever felt so angry at a person until you feel like slapping and punching that person's face whenever you have a chance? i do. in fact that's what exactly i feel right now. kali ni aku nak cerita pasal seorg minah perasan-dia-sgt-cantik-dan-jadi-pujaan-ramai-lelaki yg jugak merangkap my new housemate from hell.
i just don't know where to begin. there are just too much things that she did that really makes my blood literally go up the stairs. kalau nak cerita satu demi satu memng pjg lebar. xpayah bazir tenaga nak elaborate lebih2 pasal minah perasan ni. by the end of the day aku jugak yg penatkan. so aku sum up kan a few reason kenapa aku menyampah gila kat minah ni.
1) Dia selalu LAMBAT. aku pulak paling pantang dgn org yg x on time. since dia xde transport nak pergi office, aku dgn baik ati offerkan diri nak tumpangkan dia. mula2 aku fikir xpelah tolong org. lagipun kite kan satu office. kesian pulak tgk dia nak tmpg org lain. mula2 dia on time lagi. aku ckp kena keluar rumah around 7am. sebelum pkl 7 dia dah siap. tapi syg, sekejap je dia cam 2. makin hari dia jadi makin lambt. ada satu pagi 2 aku kena bertapa tunggu dia almost 20 minutes. x ke sakit ati aku? aku paling benci menunggu. org2 yg rapat dan kenal aku tahu yg aku ni paling benci menunggu. kalau setakat 5-10 minit aku boleh tolerate lagi. tapi ni almost 20 minutes. ni sudah lebih namanya. ape dia ingat aku ni driver dia ke? kalau ikutkan ati nak je aku langgar dia pagi 2 tapi mujur aku boleh berfikiran waras lagi. anyway, x berbaloi masuk penjara sebab dia.
2) Dia sangat CLUMSY. bukan sekali dua aku terpaksa bangun tgh mlm semata-mata nak tutup suis lampu dan kipas yg dia "lupa" nak tutup. macam budak kecik kan? xkan lah benda2 macam 2 pun nak kena sentiasa ingatkan? faham2 lah sendiri. ada satu benda yg x masuk akal yg pernah seorg org dewasa lupa nak buat. dia lupa nak tutup sliding door di balkoni sblm dia nak balik ke kampung dia masa cuti raya cina baru2 ni. natijahnya, rumah aku seperti mengundang pencuri untuk masuk. masa aku smpai rumah dan found out sliding door terbuka dgn luasnya aku terasa mcm nak kena heart attack time tu jugak. nasib baik xde apa2 yg hilang. kalau ada memang aku nak suruh dia bertanggungjwb. x masuk akal langsung alasan yg dia beri. LUPA? bdk kecik pun tau kena check semua pintu sblm kluar rumah. x tercapai langsung dek akal aku dgn alasan dia. mengarut betul!
3) Dia sangat MALAS sapu rumah. padahalnya rambut dia lah yg buat sepah kat atas lantai 2. dah tau rmbut senang gugur, rajin2 la sapu lantai. aku x suruh pun kau sapu bilik aku tapi memadai lah keep the living room floor 2 clean. ni kalau org dtg x ke malu tgk rmbt sepah sana sini. melawa pandai sgt tapi mengemas ya ampun Tuhan je tahu. kalau nak tahu bestfriend si minah ni adalah cermin. pantang jumpa cermin, mesti nak melawa. mak aku selalu pesan, jgn duduk depan cermin lama sgt nanti cermin 2 pecah.
ini adalah sekelumit sebab2 kenapa aku menyampah dgn my new housemate. sometimes aku xleh tgk muka dia langsung let alone nak bercakap dgn dia. so sekrg ni, bila ada hal penting je baru aku berckp dgn dia. kalau xde, x bercakap la jawabnya. aku atu x baik buat buat org mcm 2 tapi can't help it. aku dah cuba neutralize kan perasaan aku supaya jgn menyampah sgt dgn dia tapi lepas 2 ada je onar yg dia buat kat aku. mcm mana aku nak berbaik ngan dia?
aku x tau nak buat mcm mana supaya dia keluar dan duduk kat tmpt lain. aku lebih rela duduk sorang2 drpd ada housemate mcm dia ni. x bwk kebaikan, bwk masalah banyaklah. adax sesiapa yg tahu cara2 nak halau housemate tanpa menjadi seorg yg kejam dan melakukan perkara yg kejam? aku tgh buntu ni. tolong!!!!!!!!
Posted by d.o.n.u.t.m.a.n.i.s at 10:08 PM 5 donut(s)
Saturday, December 27, 2008
sonata 2008 : aku & kehidupan
2008, what a year. macam-macam dah berlaku dalam tahun ni. ada yang baik dan ada juga yang buruk. well, itulah kehidupan. mesti ada yg baik dan juga buruk. kalau baik je x best lah pulak kan? tapi kalau semuanya buruk, macam sengsara sangat lah pulak.
tapi dalam banyak-banyak hal yg dah berlaku, ada satu benda ni yg i wish i didn't do. i did something that i never thought i would do but i did it anyway. so now, i have to live with it and suffer the consequences. padan muka aku! tulah org dah kata curiosity kills the cat. x percaya, nak buat jugak. nah, terimalah padahnya.
well, enough said about that. now let's see what else yg dah aku buat dan terjadi sepanjang tahun ni.
1) tamat belajar. *alhamdulillah*
2) dapat ijazah. *alhamdulillah*
3) dapat kerja. *walaupun aku x berapa minat tapi alhamdulillah*
4) dapat gaji. *yay! syukur alhamdulillah*
5) beli kereta. *menambahkan hutang aku*
6) a series of seriously unfortunate event *dugaan*
apa lagi ye? aku rasa itu jelah. oopss.. ada lagi satu, lupa lak nak mention
7) putus chenta. (still in healing process. semoga aku cepat sembuh) *kelakar je bunyinya*
so, apa aku nak buat next year? ini bukan new year resolution tapi just a reminder untuk diri aku sendiri.
1) kerja dengan lebih tekun. tanggungjawab dah semakin besar.
2) simpan duit.
3) mahu pergi ronda-ronda di kota london bersama adele sebelum dia settle down dgn enchek doktor hatinya.
ini hanya perancangan aku. kalau diizinkan Tuhan, dapatlah aku melaksanakannya.
adele suruh aku buat satu list tentang apa yang aku suka sepanjang tahun ni. so, this is the list:
fav songs : dugaannya by hujan. *mcm ada sangkut paut je ngan aku tapi mak x
suruh aku jadi askar*
deeper conversation by yuna. *suara dia boleh hypnotise org. aku
suka! bila nyanyi lagu ni tiba-tiba aku rasa suara aku ada iras ngan
dia. perasan gila!*
fav movies : iron man. *aku suka lelaki yg konon-kononnya gagah*
twilight. *aku suka cerita yg ada kene mengena dgn vampire. macam
sexy je. anyway buku dia lagi best compare to the movie.
tapi movie dia pun not bad. edward cullen hensem!*
wanted. *angelina jolie mati @ buat-buat mati?*
fav person : enchek sulaiman. *mesti dia bangga kalau tahu dia ni favourite
person aku tahun ni*
rasanya setakat ni jelah list aku. malas dah nak fikir. kalau kamu rajin buatlah list benda yang kamu suka sepanjang tahun ni. nanti aku baca tapi kalau malas x payah buat.
anyway, selamat tahun baru kepada anda semua. sambutlah tahun baru dgn aktiviti yg berfaedah. *nanti jgn lupa baca doa akhir tahun & awal tahun*
Posted by d.o.n.u.t.m.a.n.i.s at 5:15 PM 5 donut(s)

