Thursday, September 10, 2009

numbernombornumero

hari semalam, ida bertanyakan aku satu soalan. kenapa aku memilih untuk menjadi cikgu bi? kenapa tak mahu jadi cikgu maths? ajar math lagi senang katanya. bi susah. aku senyum kat ida. ini jawapannya :

dalam banyak-banyak subjek masa zaman sekolah dulu, subjek yang paling aku tak suka adalah matematik. aku allergic sikit dengan nombor. bila sampai waktu math aje kepala aku dah pusing, mata pun berpinar-pinar. benar, aku tak bohong. dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah aku mengalami gejala pening kepala bila belajar math. benda senang pun boleh jadi complicated.

aku ingat lagi masa upsr dulu aku dipaksa duduk di meja guru sedangkan kawan-kawan yang lain boleh duduk di tempat masing-masing. cikgu maths aku time tu namanya Puan Haliza. garang gila. setiap kali masa dia je aku kena duduk berduet dengan dia di meja guru. hari-hari kena marah sampai aku naik takut nak belajar maths dengan dia. sebenarnya cikgu tu baik orangnya tapi kalau dah dapat student slow macam aku, memang la dia akan naik darah. sekarang baru aku faham perasaan dia. resultnya, Alhamdulillah.

masa pmr pula lebih kurang sama. hari-hari masuk kelas pemulihan maths. cikgu yang mengajar tu pun naik muak tengok muka aku. ajar benda yang sama berulang kali, aku still tak dapat-dapat. kalau kawan-kawan yang lain takut nak belajar bi, aku pula bernyanyi riang bila time bi. cikgu bi aku memang garang tapi aku suka dia sebab dia tak pernah marah aku. kiranya aku ni teacher's pet lah. bagilah soalan apa pun past tense, present tense, adjective semua aku boleh jawab dengan confirm and confident. ligat aku mengangkat tangan nak menjawab. kawan-kawan lain naik menyampah tengok aku tapi bila maths aje aku sorok tangan. result math aku masa pmr, oklah. tak ke laut sangat.

masa spm pula aku cuba buat yang terbaik. dah tak boleh main-main. ini menentukan masa depan aku. ligat pergi tuisyen hari-hari. masa awal-awal tahun, add maths aku tak pernah lulus, asyik fail aje. hebatkan? aku pelik, aku rasa dah banyak buat exercise tapi still tak pass juga. frust gila time tu. di saat-saat aku hampir nak give up, ada hamba Allah ni memberi pertolongan kepada aku. nasib baik dia ada kalau tak pasti tercatat 9 di sebelah subjek add maths aku. terima kasih kepada si dia.

masa di u aku dah selamat tak payah ambil apa-apa subjek yang berkaitan dengan math. cuma masa first year dulu aku wajib ambil numerical literacy. macam maths tapi struggle juga nak score. pendek kata, turun lah cikgu dari langit pun nak mengajar aku maths, rasanya aku still tak pandai juga. come to think of it, maths not that difficult cuma otak aku agak slow untuk digest nombor.

tahun lepas lagi best, gb tanya aku boleh ajar math tak. muka aku dah biru. biar betul dia ni nak suruh aku ajar maths. dia tak tahu sejarah hubungan aku dengan subjek maths agaknya. dengan lajunya aku geleng kepala. bagilah aku subjek lain asalkan jangan maths. nanti tak pasal-pasal ke laut budak-budak tu.

itulah sebabnya kenapa aku mengajar bahasa. panjang menjela jawapan aku. ida pun naik bosan nak dengar. mesti dia menyesal tanya soalan tu kat aku. padan muka kena dengar aku membebel.

Sunday, September 6, 2009

:)



from left : jane, nani and me


apa kena mengena entry kali ini dengan gambar di atas? none. saja nak letak gambar zaman muda-muda dulu. reminising the good old days.


aku baru je dapat surat chenta dari SPP hari jumaat yang lepas. surat pengesahan pelantikan PPS DG41. Alhamdulillah, lepas satu azab. aku ingat dah tak lulus interview SPP sebab aku merapu + merepek masa tu. Encik yang bertanggungjawab interview aku ( lupa pula nama dia ) tu tanya soalan yang memang mencabar minda. berpeluh nak menjawab. nasib baik aku pandai berkata-kata sampai tak terkata encik itu mendengar jawapan aku.


sebelum interview aku pulun baca pasal sejarah pendidikan, PIPP ( soalan wajib ), rukun negara, falsafah pendidikan, nama-nama menteri dan macam-macam lagi lah sampai seminggu tak lena tidur memikirkan pasal interview ni. bila dah pass ni aku rasa berbaloi lah dengan effort yang aku beri. berbaloi-baloi hahaha...


sebenarnya mereka ni bukan nak dengar sangat pasal fakta tapi cara kita elaborate fakta itu mengikut kefahaman kita. no point kalau menghafal contohnya falsafah pendidikan tapi tak betul-betul memahami maksud yang tersurat dan tersirat yang terkandung. kalau setakat menghafal, semua orang boleh hafal tapi adakah kita betul-betul faham apa yang dihafal tu? fikir-fikirkan lah ya.


so, lepas ni aku hanya tunggu saat-saat nak confirm dalam jawatan. rasanya macam lambat lagi. hopefully aku dapat confirm as soon as possible sebab aku nak terbang dari sini. nak ke mana? nak pergi menuntut ilmu. menambah ilmu pengetahuan. makin lama, aku makin rasa banyak lagi benda yang aku tak tahu dan tak explore lagi. semoga niat murni aku ni dapat dilaksanakan dengan izin Allah.


since aku tengah rasa happy, aku belanja kamu kamu semua makan donut. pilih lah jangan malu-malu, my treat ;p