Wednesday, August 20, 2008

kisah seram yang suam

kisah ni berlaku beberapa minggu yg lepas semasa aku masih lagi seorg penganggur terhormat di rumah. kejadian itu berlaku pada hari khamis malam jumaat. malam tu aku terpaksa duduk sorang2 kat rumah sebab mak yg tercinta ada meeting di kuantan.


as usual, lepas penat berym and berblog, aku pun siap2 nak tido. ritual yg selalu aku buat ialah gosok gigi and basuh kaki. dah jadi tabiat basuh kaki sebelum tido sebab nenek aku kata kalau x basuh kaki, kita tido dgn syaitan. so , bila dah buat semua tu, aku pun naik atas katil and terus tido.


tepat pukul 3.03 am aku terjaga. aku terdengar macam ada bunyi bising kat ruang tamu. mula-mula aku buat donno je dgn bunyi tu. tapi makin lama, makin kuat. darah aku dah berderau, jantung pun dah berdegup dgn pantas. ape tu? aku dah takut. bunyi tu makin dekat dgn bilik aku. aku pun beranikan diri konon-konon nak pegi tgk apa yg ade kat luar bilik aku tu. aku nampak macam ade byg2 org kat bawah pintu. aku dgr benda tu sedang cuba nak buka pintu bilik mak yg berhadapan dgn bilik aku.


dek kerana takut yg amat, aku pun membatalkan niat nak bukak pintu. sebaliknya aku terus berlari dan melompat atas katil sambil menyorok bawah comforter. otak aku ligat berfikir. byg2 ape tu? manusia atau bukan manusia? kalau org nak rompak rumah aku, wahai si perompak ambil lah apa saja yg kamu nak tv, dvd player, harta karun mak aku pun korang boleh ambil. tapi tolong jgn apa-apakan aku. dan kalau benda tu bukan manusia, buatlah apa yg korang nak just as long as jgn menjelma tunjuk muka hodoh, rasuk dan tegur aku.

tiba-tiba pintu bilik aku diketuk. aku dah habis menggigil ketakutan. peluh membasahi badan aku sebab takut dan panas menyorok bawah comforter. makin lama makin kuat ketukan di pintu. acik,acik,acik bukak pintu.. kali ni siap nama aku diseru. suara perempuan. alamak! mati aku. macam mana benda tu tau nama aku ni?

aku x menyahut pun. gila ke ape nak menyahut? entah manusia atau pun makhluk halus yg menyeru nama aku tu. rasa takut aku semakin menjadi-jadi. di saat-saat genting tu baru aku teringat yg aku x habis ganti puasa lagi, aku x bayar lagi hutang RM100 ngan akak aku dan yg paling penting aku x mintak ampun lagi ngan mak sebab aku banyak buat dosa ngan dia.

ketukan di pintu semakin kuat. kali ni tombol pintu dipulas. nasib baik aku kunci pintu sebelum tido tadi. aku dah nak menangis. tiba-tiba aku rasa ada getaran di bawah bantal. handphone aku berbunyi. dalam ketakutan aku raba bawah bantal dan capai handphone. gambar mak tgh tersengih tertera di skrin. alhamdulillah mak call. mcm tau-tau je aku ada masalah.

aku : mak tolong. ada benda kat dlm rumah kita. (aku berbisik sebab takut benda kat luar dgr suara aku)

mak : benda ape? (mak ikut sama berbisik. aku pun x tau kenapa)

aku : x tau. dia mcm nak masuk bilik mak tadi. tapi sekarang ni dia tgh ketuk pintu bilik org.

mak x cakap apa-apa. dia just ketawa. makhluk yg di luar bilik aku turut sama ketawa. aku terkedu. apesal mak ketawa, makhluk tu pun ketawa gak? pelik ni.

mak : bukak pintu ni. mak ada kat luar ni. (kata mak sambil menghabiskan sisa ketawanye)

aku : betul ke ni? (ragu-ragu untuk keluar dari tempat persembunyianku)

mak : betul. bukak le cepat.

aku pun dgn takut-takut pergi buka pintu. mak tersengih dihadapan ku.

mak : takut ye? kesian dia sampai berpeluh-peluh. (mak tepuk bahu aku)

masa tu aku rasa macam nak tepuk mak. geram betul! dia x tau jantung aku ni macam nak keluar dari dada sebab takut sangat. tapi aku x buat lah. kalau aku buat, tambah lagi satu dosa terhadap mak kat dalam list dosa-dosa aku. rupanye mak x jadi overnight kat kuantan. bila sampai rumah nak masuk bilik dia x jumpa kunci. lega rasanya. nasib baik itu mak, kalau dibuatnya perompak ke atau makhlus halus ke, x ke naya aku?

so, moral of the story, sayangilah ibubapa anda walaupun kadang-kadang kita rasa macam susah nak sayang kat mereka. sekian, terima kasih.


3 comments:

Danielle_Corleone said...

setuju! mak bapak perlu kita selalu sayang.

yoshz said...

huk aloh...
mak diingat hantu.
anak derhaka ni...

d.o.n.u.t.m.a.n.i.s said...

danielle : sayangilah mereka sepenuh hati ye!

yoshz : dlm situasi itu, datuk dan nenek pun boleh dianggap hantu tau!