entry kali ni nak cerita pasal kawan yg agak baik dgn aku di tmpt kerja. nama dia enchek sulaiman. orgnya sgt kecik. sama tinggi ngan aku dan sgt kurus. dia ni makhluk 2 alam. bukan 2 alam yg ehem2 tu tau! cuma dia ni kadang2 extrovert dan kadang2 introvert. depends on his mood. kalau dia rasa nak berckp banyak, dia membebel la sesuka hati dia. if he chooses nak jadi pendiam, lebih baik biar je jgn ditegur nanti kena jerkah. walau apa pun mood dia, sebenarnya dia adalah seorang yg tersgt kelakar.
di tmpt kerja aku ada 2 geng yg mempunyai aliran politik yg berbeza. geng no1 dikenali sebagai akak dan abg yg sokong anuar ibrahim (adaysai) dan geng no2 adalah akak dan abg yg anti anuar ibrahim (adayaai). kalau ditanya aku masuk geng yg mana, dua2 pun aku x berminat nak join. aku dan myra baru je menubuhkan geng no 3 iaitu undi kami adalah rahsia. kenapa aku memilih untuk x join geng2 tersebut? sebab aku malas nak bergaduh pasal org2 politik ni. bkn nak jadi ignorance tapi aku lebih suka jadi pemerhati drpd bertegang leher dgn akak2 dan abg2 yg cuba menegakkan jarum yg basah.
back to enchek sulaiman. satu pagi selepas dapat tahu result election kat permatang pauh yg mana resultnya memang x surprise langsung. just like i expected. anyway, pagi tu enchek sulaiman dgn gaya serius pak menteri kat parlimen masuk ke office. sambil jalan menuju ke meja dia, dia pun buat pengumuman.
enchek sulaiman : Anuar bersumpah.
ringkas je pengumuman yg dibuat tapi impactnya sgt mengkagumkan. serta merta office yg tadi sunyi sepi bertukar jadi bising macam kat pasar dlm sekelip mata.
ADAYAAI : akhirnya, angkat sumpah jugak dia. mesti takut dilaknat Allah.
ADAYSAI : bukan takut dilaknat Allah tapi nak tunjuk yg dia memang x meliwat budak tu.
ADAYAAI : kalau mcm tu kenapa x angkat sumpah dari dulu lagi?
ADAYSAI : nak tgk apa reaksi org2 bodoh mcm korang ni. baru test sikit dah melatah.
dan bermula la perang mulut antara 2 geng tersebut. makin lama, makin hangat perang mulut dieorg ni. mcm2 perkataan yg inappropriate pun keluar. aku dan myra hanya jadi penonton debat tu. dalam hati aku menyumpah enchek sulaiman sebab dia lah punca debat yg kurang bijak ni berlaku. setelah lama mendiamkan diri akhirnya dgn selamba enchek sulaiman pun bersuara
enchek sulaiman : anuar angkat sumpah jadi ahli parlimen la. bukan sumpah liwat.
serta merta office jadi sunyi semula. akak2 dan abg2 yg tgh berdebat terus sambung kerja masing2 dgn muka x puas hati dan panas hati. aku pulak rasa mcm nak side kick je enchek sulaiman yg dah merosakkan keharmonian pagi aku. moral of the story, enchek sulaiman lepas ni tolong le jgn buat statement yg boleh mendtgkan kontroversi kat office ni. pagi2 dah dgr org bergaduh sgt x baik untuk kesihatan mental akak2 dan abg2 kat sini termasuk la aku. x baik tau!
Saturday, August 30, 2008
Wednesday, August 20, 2008
kisah seram yang suam
kisah ni berlaku beberapa minggu yg lepas semasa aku masih lagi seorg penganggur terhormat di rumah. kejadian itu berlaku pada hari khamis malam jumaat. malam tu aku terpaksa duduk sorang2 kat rumah sebab mak yg tercinta ada meeting di kuantan.
as usual, lepas penat berym and berblog, aku pun siap2 nak tido. ritual yg selalu aku buat ialah gosok gigi and basuh kaki. dah jadi tabiat basuh kaki sebelum tido sebab nenek aku kata kalau x basuh kaki, kita tido dgn syaitan. so , bila dah buat semua tu, aku pun naik atas katil and terus tido.
tepat pukul 3.03 am aku terjaga. aku terdengar macam ada bunyi bising kat ruang tamu. mula-mula aku buat donno je dgn bunyi tu. tapi makin lama, makin kuat. darah aku dah berderau, jantung pun dah berdegup dgn pantas. ape tu? aku dah takut. bunyi tu makin dekat dgn bilik aku. aku pun beranikan diri konon-konon nak pegi tgk apa yg ade kat luar bilik aku tu. aku nampak macam ade byg2 org kat bawah pintu. aku dgr benda tu sedang cuba nak buka pintu bilik mak yg berhadapan dgn bilik aku.
dek kerana takut yg amat, aku pun membatalkan niat nak bukak pintu. sebaliknya aku terus berlari dan melompat atas katil sambil menyorok bawah comforter. otak aku ligat berfikir. byg2 ape tu? manusia atau bukan manusia? kalau org nak rompak rumah aku, wahai si perompak ambil lah apa saja yg kamu nak tv, dvd player, harta karun mak aku pun korang boleh ambil. tapi tolong jgn apa-apakan aku. dan kalau benda tu bukan manusia, buatlah apa yg korang nak just as long as jgn menjelma tunjuk muka hodoh, rasuk dan tegur aku.
tiba-tiba pintu bilik aku diketuk. aku dah habis menggigil ketakutan. peluh membasahi badan aku sebab takut dan panas menyorok bawah comforter. makin lama makin kuat ketukan di pintu. acik,acik,acik bukak pintu.. kali ni siap nama aku diseru. suara perempuan. alamak! mati aku. macam mana benda tu tau nama aku ni?
aku x menyahut pun. gila ke ape nak menyahut? entah manusia atau pun makhluk halus yg menyeru nama aku tu. rasa takut aku semakin menjadi-jadi. di saat-saat genting tu baru aku teringat yg aku x habis ganti puasa lagi, aku x bayar lagi hutang RM100 ngan akak aku dan yg paling penting aku x mintak ampun lagi ngan mak sebab aku banyak buat dosa ngan dia.
ketukan di pintu semakin kuat. kali ni tombol pintu dipulas. nasib baik aku kunci pintu sebelum tido tadi. aku dah nak menangis. tiba-tiba aku rasa ada getaran di bawah bantal. handphone aku berbunyi. dalam ketakutan aku raba bawah bantal dan capai handphone. gambar mak tgh tersengih tertera di skrin. alhamdulillah mak call. mcm tau-tau je aku ada masalah.
aku : mak tolong. ada benda kat dlm rumah kita. (aku berbisik sebab takut benda kat luar dgr suara aku)
mak : benda ape? (mak ikut sama berbisik. aku pun x tau kenapa)
aku : x tau. dia mcm nak masuk bilik mak tadi. tapi sekarang ni dia tgh ketuk pintu bilik org.
mak x cakap apa-apa. dia just ketawa. makhluk yg di luar bilik aku turut sama ketawa. aku terkedu. apesal mak ketawa, makhluk tu pun ketawa gak? pelik ni.
mak : bukak pintu ni. mak ada kat luar ni. (kata mak sambil menghabiskan sisa ketawanye)
aku : betul ke ni? (ragu-ragu untuk keluar dari tempat persembunyianku)
mak : betul. bukak le cepat.
aku pun dgn takut-takut pergi buka pintu. mak tersengih dihadapan ku.
mak : takut ye? kesian dia sampai berpeluh-peluh. (mak tepuk bahu aku)
masa tu aku rasa macam nak tepuk mak. geram betul! dia x tau jantung aku ni macam nak keluar dari dada sebab takut sangat. tapi aku x buat lah. kalau aku buat, tambah lagi satu dosa terhadap mak kat dalam list dosa-dosa aku. rupanye mak x jadi overnight kat kuantan. bila sampai rumah nak masuk bilik dia x jumpa kunci. lega rasanya. nasib baik itu mak, kalau dibuatnya perompak ke atau makhlus halus ke, x ke naya aku?
so, moral of the story, sayangilah ibubapa anda walaupun kadang-kadang kita rasa macam susah nak sayang kat mereka. sekian, terima kasih.

Sunday, August 17, 2008
la la la hari hari kerja
kejadian 1 : 1st day pergi kerja aku terpaksa pakai baju kurung yg koyak kainnye. ni semua gara-gara iron yg xde cop sirim tu buat hal. dah le baju favourite cum baju bertuah aku lak tu yg jadi mangsa iron murahan yg bedebah tu. dapat je gaji nanti aku nak baling iron tu kat dinding biar dia pecah berderai. aku nak beli iron yg paling mahal sekali nanti. for the time being, aku terpaksa berpuas hati dgn khidmat iron murahan yg xde cop sirim tu.
kejadian 2 : unfortunately for me, aku dapat female boss yg agak gila kuasa, fussy dan buat aku rasa cam nak gi calarkan avanza hijau dia tu. xpe, since aku org baru, aku akan bagi can kat kau untuk memperhambakan aku. tapi lepas ni jgn harap aku nak bagi muka. kau belum tau siapa aku. one fine day i'll show you my true colours. masa tu baru kau tau ada org lagi hebat dari kau.
kejadian 3 : rumah sewa aku still xde bekalan air. nasib baik elektrik dah ada. tapi apelah gunanye duduk di rumah yg xde bekalan air? jgn kata nak mandi, nak basuh tangan pun susah. woit org jba! tido ke kat office? aku bagi korang tempoh 2,3 hari lagi untuk selesaikan masalah ni. kalau x aku mengamuk kat office korang. xpun aku baling cat merah kat entrance office tu (itupun kalo aku cukup duit nak beli cat)
kejadian 4 : aku dpt jiran yg mengada and berlagak. mentang2 dia drive suzuki swift dan aku penumpang setia bas, pandang org sebelah mata aje. kau ingat kau hebat? nanti kau, bila aku beli kereta nanti aku nak langgar kereta kau. ingat, tu janji aku.
kesimpulannya, aku memang x suka alam pekerjaan. penuh dgn drama and office politic. yg paling aku benci ialah kena bangun pagi, x boleh ponteng kerja and x boleh tido sesuka hati aku. tapi x semua aku benci. ada jugak benda yg aku suka. misalnya mamat yg setiap pagi aku nampak. memang cute, dia officially become my eye candy sekarang ni. rasa ada semangat sikit nak pergi kerja. one more thing, aku ni tgh counting down the days bila nak dapat gaji. memang hampehkan? kerja x sampai sebulan dah sibuk nak kira gaji. mata duitan betul aku ni!

Subscribe to:
Posts (Atom)