Sunday, September 6, 2009

:)



from left : jane, nani and me


apa kena mengena entry kali ini dengan gambar di atas? none. saja nak letak gambar zaman muda-muda dulu. reminising the good old days.


aku baru je dapat surat chenta dari SPP hari jumaat yang lepas. surat pengesahan pelantikan PPS DG41. Alhamdulillah, lepas satu azab. aku ingat dah tak lulus interview SPP sebab aku merapu + merepek masa tu. Encik yang bertanggungjawab interview aku ( lupa pula nama dia ) tu tanya soalan yang memang mencabar minda. berpeluh nak menjawab. nasib baik aku pandai berkata-kata sampai tak terkata encik itu mendengar jawapan aku.


sebelum interview aku pulun baca pasal sejarah pendidikan, PIPP ( soalan wajib ), rukun negara, falsafah pendidikan, nama-nama menteri dan macam-macam lagi lah sampai seminggu tak lena tidur memikirkan pasal interview ni. bila dah pass ni aku rasa berbaloi lah dengan effort yang aku beri. berbaloi-baloi hahaha...


sebenarnya mereka ni bukan nak dengar sangat pasal fakta tapi cara kita elaborate fakta itu mengikut kefahaman kita. no point kalau menghafal contohnya falsafah pendidikan tapi tak betul-betul memahami maksud yang tersurat dan tersirat yang terkandung. kalau setakat menghafal, semua orang boleh hafal tapi adakah kita betul-betul faham apa yang dihafal tu? fikir-fikirkan lah ya.


so, lepas ni aku hanya tunggu saat-saat nak confirm dalam jawatan. rasanya macam lambat lagi. hopefully aku dapat confirm as soon as possible sebab aku nak terbang dari sini. nak ke mana? nak pergi menuntut ilmu. menambah ilmu pengetahuan. makin lama, aku makin rasa banyak lagi benda yang aku tak tahu dan tak explore lagi. semoga niat murni aku ni dapat dilaksanakan dengan izin Allah.


since aku tengah rasa happy, aku belanja kamu kamu semua makan donut. pilih lah jangan malu-malu, my treat ;p





3 comments:

fadzil hafiz said...

wah, tahniah teacher!saya usahkan temuduga dengan SPA, surat lantikan GST pun belum diterima walaupun sudah tamat pengajian di maktab beberapa bulan yg lepas.huh...

fadzil hafiz said...

saya kpli-kdc lah.sambil mengajar sambil belajar.sudah 3 thn lamanya saya mengajar.ambil ijazah bidang lain masa di u.tp jodoh jadi cikgu...

fadzil hafiz said...

dulu ambil civil eng di utm.ntah macam mana boleh jadi cikgu pula.sudah rezki agaknya.kamu pula bagaimana?