Saturday, August 21, 2010

nota ringkas untuk kamu di bulan ramadhan ini

bila tak nampak di mata
rindu

bila ada di depan mata

kelu






p/s : selamat berpuasa kepada kamu ;)

Thursday, May 27, 2010

hey, kamu!

kamu
sedih
luka
kecewa
tewas
kerana dia
luahkan
jangan simpan
jangan tahan
dalam hati
nanti merana
nanti binasa
bisa mati
kalau kamu tiada
bagaimana dengan saya?
mungkin saya akan
sedih
luka
kecewa
tewas
kerana kamu

Friday, March 19, 2010

sudah sampai

2009



satu petang yang aman. angin petang bertiup nyaman. aku dan mai duduk di sebuah gerai abc. menghirup ais sambil memerhati kanak-kanak bermain basikal. menahan kepala yang sakit penangan abc abang montel. aisnya terlampau sejuk. hingga menusuk ke setiap saraf menuju ke otak.



aku dan mai. duduk berbicara tentang masa depan. yang terang, yang kelam dan yang gelap. di tangan mai ada sekeping kad. jemputan kahwin. rakan persekolahannya sewaktu darjah 5. mai kata pada aku yang dia tak sangka kawannya yang seorang itu bakal menamatkan zaman bujang. aku kata pada mai, jodohnya dah sampai.



mai senyum. tanya lagi pada aku. bila pula jodoh kita nak sampai? aku senyum lagi. soalan cepu gangsa yang tiada jawapan untuk aku berikan. aku jawab, tak lama lagi. sabar. dia dalam perjalanan. mai gelak. semoga orang itu tidak sesat dalam perjalanan mencari kita yang di ceruk ini, katanya. kami gelak sama-sama. menghabiskan sisa abc abang montel.





2010



satu petang yang aman. angin petang bertiup nyaman. aku dan mai duduk di sebuah gerai abc. menghirup ais sambil memerhati kanak-kanak bermain basikal. menahan kepala yang sakit penangan abc abang montel. aisnya terlampau sejuk. hingga menusuk ke setiap saraf menuju ke otak.



aku dan mai duduk berbicara tentang masa depan. yang terang, yang kelam dan yang gelap. di tangan aku ada sekeping kad. jemputan kahwin. kawan baikku. mai. tak sangka dirinya akan menamatkan zaman bujang. kata mai pada aku. aku senyum. jodoh kamu dah sampai. mai gelak. ya, nampaknya orang itu tak sesat dalam perjalanan mencari aku, kata mai. kami ketawa. senyum mai bertambah manis dan ceria sejak kebelakangan ini.


mai pandang aku. wajahnya serius. kamu, bila lagi? tanyanya. aku senyum pandang mai. aku masih tiada jawapan untuk soalan itu. lama sepi baru aku jawab. mungkin dia dalam perjalanan. sesat agaknya. lupakah yang kita ini tinggal di kawasan ceruk? tiada lrt yang membolehkan dia cepat sampai kepada aku. sabar. kamu pergi dulu. nanti aku menyusul kemudian. mai senyum sambil genggam tangan aku. aku jalan dulu ya!


kami ketawa. menghabiskan sisa abc abang montel. mai nampak sangat bahagia. aku tumpang gembira. semoga pilihan orang tua akan membuatkan mai bertambah bahagia. mungkin ini yang terbaik.