Monday, November 2, 2009

lovebug

kehadapan fatin,

assalamualaikum. apa khabar? saya harap awak sihat. nama saya nabil. saya dari kelas 4b. saya kenal awak tapi mungkin awak tak kenal saya. awak cute. sebenarnya dah lama saya suka kat awak. awak suka kat saya tak?

pecah kaca,
pecah gelas,
sudah baca,
harap balas.

p/s : err.. kalau nak balas, letak saja bawah meja awak. esok saya ambil. saya tunggu jawapan awak.

Yang benar,
(N.A.B.I.L)
surat ini aku jumpa di library minggu lepas. terselit di dalam kamus. lepas baca aku ketawa terbahak-bahak macam orang gila. nak membaca surat sependek ini pun memakan masa. mana tidaknya tulisan comot, ejaan salah. pening aku baca. tapi yang paling kelakar, pantun pecah kaca tu. aku ingat zaman aku sekolah dulu saja orang guna. budak-budak sekarang pun still guna pantun tu. pantun zaman-berzaman.
keesokkan paginya, semasa budak-budak ada perhimpunan pagi, aku pun pergi ke kelas 4f. nak tengok kalau-kalau si fatin ni membalas surat nabil. aku tak mengajar kelas ini. aku tengok nama di papan kenyataan. ada 3 orang fatin dalam kelas ini. aku garu kepala. fatin yang mana satu ni? ada nur fatin, fatin syuhada dan fatin dania. oleh kerana aku ni mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi, aku pun check setiap meja. puas aku cari akhirnya terjumpa sehelai kertas yang dilipat dua. aku buka kertas itu. sah, surat dari fatin untuk nabil. tulisan kemas. tak susah nak dibaca.
kepada nabil,
saya kenal awak siapa. awak yang selalu makan kuaci kat pondok bas kan? terima kasih sebab suka kat saya. tapi maaf, saya tak suka kat awak. saya dah ada pilihan hati. abang anwar 6f. dia handsome, tinggi, kurus, putih dan cerdik. tak macam awak. awak gemuk dan hitam. saya tak suka orang gemuk. lepas ni jangan kacau saya lagi. saya tak suka.
p/s : awak selalu balik sekolah dengan abang anwar kan? tolong kirim salam kat dia ye!
Yang benar,
(FATIN)
aku terpaku lepas baca surat fatin. jujurnya pengakuan. kejam sungguh si fatin ni. sampai hati dia mengata si nabil gemuk. memang lah nabil tu badannya agak besar dari orang lain tapi dia cute. selalu senyum. manis orangnya. mesti nabil terluka lepas baca surat ini. sudah lah mengata orang, lepas tu ada hati nak minta tolong pula. kalau aku, tak kuasa aku nak tolong.
sekarang aku dalam misi mencari lebih banyak surat-surat macam ni lagi. aku nak buat pameran kat library, ok tak?