sebenarnya aku nak ucapkan " selamat setahun mengajar " kepada : dila, nani, siha, konah, sarahganu, kak su, fammy, tiha, esah kecik, meila, ja, hawa, yana, esun, ain, farah, didie, erun, john, zali, yah, fiza,issarah, jane, esah, ili, ain, akmal, king, winnie, chew, vilo, linesh, irwan, shay, kak mary, noli, woon, dasha, sophea, mei ju, mohanesh, yoy, mei lee, jarrod @ jamal, joey, kak faizah, saw, sue, apai, ekin, meira, sepul, kimi, azee, daus, siaw hui, mindy, girl dan melwin. * aku rasa macam dah sebut nama semua orang tapi kalau tertinggal sorry ye! tahun depan untuk ulang tahun ke-2 aku mention nama kamu*
aku teringat masa mula-mula dapat surat posting. tahniah anda di tempatkan di negeri pahang. tapi tak beritau nama sekolah, daerah mana. masa tu muka aku dah biru, pahang ni luas. buatnya dihantarnya aku ke ulu tembeling sana tu, menangis tak berlagu la aku. aku boleh di consider sebagai lucky dapat peluang mengajar di negeri sendiri. dpat sekolah luar bandar pun takpelah. tak macam kawan-kawan yang minta di utara tapi dihantar ke sabah dan sarawak. itu lagi kasihan.
kak mary kata dulu, sampai shaja di airport di Sabah, dia dah fikir nak balik semenanjung. sekarang dia mengajar di sebuah pulau kecil di sabah. tak ingat apa nama pulau tu. dia kata mula-mula je rasa macam nak balik tapi bila dah lama-lama ok aje. perasaan nak balik tu still ada tapi masih dalam tahap terkawal. gaji dia lebih lumayan dari gaji aku kat sini. dulu dia bercita-cita nak beli wish. dengan duit dia sekarang dia dah mampu beli sebiji wish. tapi tak boleh bawa ke sana sebab dia kena naik bot nak ke sekolah. takpe, beli wish bagi mak ayah kat pendang pakai pegi masjid.
macam-macam cerita aku dengar dari kawan-kawan yang mengajar di sana. ada yang happy, ada yang sedih dan ada yang hidup dalam serba kekurangan walaupun duit kat dalam bank beribu-ribu. nak buat macam mana itulah cabaran hidup. aku rasa kita perlu cari something yang boleh buat kita happy walaupun hidup dalam kekurangan. macam siaw hui dia rasa ok duduk di belaga as long as ada astro. noli dan mohanesh pula kata kat tempat mereka ada kfc. mei lee pula boleh pergi sekolah pakai selipar. bila dengar rasa macam kelakar. takkan benda-benda macam tu pun boleh buat mereka rasa happy. jangan ketawa kerana kita tak tahu dan tak lalui apa yang mereka perlu lalui setiap hari.
aku rasa macam best kot dapat mengajar kat sana especially kat pulau-pulau. kurang pemantauan dari ppd dan org jpn pun jarang datang. aku memang kagum dengan kawan-kawan yang mengajar di sana. kuat betul semangat mereka. betul juga cakap kak mary kalau dia tak pergi siapa nak beri pendidikan pada orang di sana. dah nampak ciri-ciri pendidik yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
aku di semenanjung ni pun ada cabaran juga. sekarang aku hidup bertemankan unggas dan dikelilingi oleh pokok kelapa sawit. untung noli at least tempat dia ada kfc. kat sini mana ada. bangunan paling tinggi kat sini selain dari bangunan sekolah adalah kuarters yang aku duduk. itu pun ada 5 tingkat je. yang bagusnya di sini pagi-pagi tak jam. boleh keluar lambat tapi still on time. takde pencemaran udara. dah puas selama 6 tahun menghidu udara tak nyaman kat kl. back to basic. bersihkan paru-paru yang dah lama tercemar ni.

since kat sini dah takde shopping complex, cinema dan tempat-tempat yang boleh buat aku membazir duit boleh la aku menabung duit gaji. menambah dana untuk beli swift impian aku. kalau kak mary dah tak payah wishing for wish anymore, aku bila pula nak dapat swift? maybe tahun depan kot. ataupun kalau ada sesiapa yang sudi nak hadiahkan aku swift sebiji, i'm more than happy to accept it ;pa league of extraordinary teachers!