Saturday, December 27, 2008

sonata 2008 : aku & kehidupan

2008, what a year. macam-macam dah berlaku dalam tahun ni. ada yang baik dan ada juga yang buruk. well, itulah kehidupan. mesti ada yg baik dan juga buruk. kalau baik je x best lah pulak kan? tapi kalau semuanya buruk, macam sengsara sangat lah pulak.

tapi dalam banyak-banyak hal yg dah berlaku, ada satu benda ni yg i wish i didn't do. i did something that i never thought i would do but i did it anyway. so now, i have to live with it and suffer the consequences. padan muka aku! tulah org dah kata curiosity kills the cat. x percaya, nak buat jugak. nah, terimalah padahnya.

well, enough said about that. now let's see what else yg dah aku buat dan terjadi sepanjang tahun ni.

1) tamat belajar. *alhamdulillah*
2) dapat ijazah. *alhamdulillah*
3) dapat kerja. *walaupun aku x berapa minat tapi alhamdulillah*
4) dapat gaji. *yay! syukur alhamdulillah*
5) beli kereta. *menambahkan hutang aku*
6) a series of seriously unfortunate event *dugaan*

apa lagi ye? aku rasa itu jelah. oopss.. ada lagi satu, lupa lak nak mention
7) putus chenta. (still in healing process. semoga aku cepat sembuh) *kelakar je bunyinya*

so, apa aku nak buat next year? ini bukan new year resolution tapi just a reminder untuk diri aku sendiri.

1) kerja dengan lebih tekun. tanggungjawab dah semakin besar.
2) simpan duit.
3) mahu pergi ronda-ronda di kota london bersama adele sebelum dia settle down dgn enchek doktor hatinya.

ini hanya perancangan aku. kalau diizinkan Tuhan, dapatlah aku melaksanakannya.

adele suruh aku buat satu list tentang apa yang aku suka sepanjang tahun ni. so, this is the list:

fav songs : dugaannya by hujan. *mcm ada sangkut paut je ngan aku tapi mak x
suruh aku jadi askar*

deeper conversation by yuna. *suara dia boleh hypnotise org. aku
suka! bila nyanyi lagu ni tiba-tiba aku rasa suara aku ada iras ngan
dia. perasan gila!*

fav movies : iron man. *aku suka lelaki yg konon-kononnya gagah*

twilight. *aku suka cerita yg ada kene mengena dgn vampire. macam
sexy je. anyway buku dia lagi best compare to the movie.
tapi movie dia pun not bad. edward cullen hensem!*

wanted. *angelina jolie mati @ buat-buat mati?*

fav person : enchek sulaiman. *mesti dia bangga kalau tahu dia ni favourite
person aku tahun ni*

rasanya setakat ni jelah list aku. malas dah nak fikir. kalau kamu rajin buatlah list benda yang kamu suka sepanjang tahun ni. nanti aku baca tapi kalau malas x payah buat.

anyway, selamat tahun baru kepada anda semua. sambutlah tahun baru dgn aktiviti yg berfaedah. *nanti jgn lupa baca doa akhir tahun & awal tahun*


Thursday, December 11, 2008

selamat oh selamat..

aku nak ucapkan selamat kepada beberapa org kawan.

1) congrats kepada nani yg baru je engage ngan abg pilot die yg hensem 2. nani for me is a very eccentric person. dulu2 masa kiteorg muda remaja die ni suke benar ngan org jepun. penyanyi jepun yg paling die minat adalah hyde dari kumpulan L'Arc-en-Ciel lepas tu ade sorg lagi namanye gackt. punyalah banyak cd jepun minah sorang ni. kami selalu karaoke kat dlm bilik die nyanyi lagu jepun yg kiteorg sendiri pun x reti nak sebut dan x berapa nak faham apa benda yg direpekan oleh sang penyanyi. entah2 mencarut dlm bahasa jepun. manalah kite tau. lagu wajib kiteorg adalah lagu utada hikaru- first love. nyanyi sampai x ingat dunia hahaha.. bahan bacaan yg paling digemari adalah majalah kreko. fav food dia adalah semua jenis makanan jepun. kalau kluar makan ngan dia ni mesti nak makan makanan jepun yg merepek rasanye. sushi 2 dah jadi makanan ruji die. fesyen die lak ala2 harajuku girl tapi still pakai tudung. nmpak cam pelik tapi org yg betul2 bold je can pull of this kind of fashion without even give a damn what people might say about her clothes. hero pujaan dia adalah si rurouni kenshin dlm cerita samurai x. dia kata nak cari boyfriend mcm si kenshin. bila aku tenung wajah si pilot 2 xde lak any resemblance ngan kenshin. kalau sama pun kat mata je lah kot. sepet. die ni menang ekstrim sket ngan negara dan budaya jepun tapi sayang bahasa jepun tau 2,3 perkataan je. kira oklah tu kan. nanti honeymoon pun harus terbang ke jepun.

2) congrats kepada sunny yg baru jugak engage ngan abg bomba die yg namanye cik bad. cerita die ngan tunang die ni memang tragik sket. ala2 cinta mati gitu. sblm engage, dah banyak kali break up dieorg ni. bukan cik bad buat hal tapi sunny yg buat onar. cik bad sabar jelah menunggu dan layan si sunny ngan kerenah die yg x masuk akal. kalau aku jadi cik bad dah lama aku say goodbye. sunny memang berusaha gigih cari org lain sebab die xnak kat cik bad. awal tahun ari 2 plan nak engage ngan org lain tapi at last ngan cik bad jugak. larilah sampai ke hujung dunia tapi kalau dah jodoh x ke mana. bak kata enrique iglesias you can run, you can hide but you can't escape my love.

3) congrats kepada adele yg baru je declare ngan doktor hati die. walaupun sorang kat rusia dan sorang lagi kat malaysia tapi kalau hati dah suka 2 distance is not the problem. hari2 mesti berbalas e-mail dan ym. si adele sejak baru beli webcam makin ligat. yg kelakarnye siap pakai tudung lagi. bagus2 aurat tetap nak jaga. adele seorg gadis yg sgt baik dan siapa yg dapat die ni memang bertuah. die ni memang setia orgnya. thus, aku harap sgt long distance relationship dieorg ni berkekalan sampai ke jinjang pelamin. kalau x jadi aku yg nangis dulu.

anyway, semoga korang bertiga happy selalu ngan perubahan yg dah berlaku dlm hidup korang. i'm really happy for you guys. x sangka korang dah ada kat"phase" itu. as for me, tumpang happiness org dulu lah at the moment.