benda yang paling susah untuk aku lakukan adalah berterus terang. bukan dalam semua hal aku x boleh berterus terang. aku boleh berterus terang dalam perkara yang melibatkan kerja dan juga wang. kalau ada rakan sekerja aku buat kerja seperti melepaskan batuk di tepi tangga, aku akan berterus terang dengan mereka tapi dengan menggunakan pendekatan yang berhikmah. x perlu menggunakan bahasa kesat atau kasar. kerana mereka ni manusia seperti aku. hati manusia memang sensitif. aku tau kerana hati aku pun sensitif.
begitu juga bila ada org nak pinjam duit dengan aku. kalau aku ada, aku kasi, kalau xde nak kasi ape? menuntut hutang pun bukan kerja yang mudah. ada sesetengah org lebih suka buat-buat x tau bila dah sampai time bayar hutang. nak kena tunggu org cakap dulu baru nak bayar. itupun berat. yang penting aku berterus terang dgn mereka ni dan cakap sila lunaskan hutang anda yang tertunggak. aku xde masalah nak menghalalkan apa yang aku beri tapi itu kalau amount yang sikit macam rm1,2, 10, 50 pun ok lagi. tapi kalau dah beratus-ratus, sendiri mau ingatlah. aku x kaya, baru je nak merasa hidup senang itupun x senang mana.
point yang aku cuba nak sampaikan adalah bukan aku nak mengcollect hutang. aku cuma nak cerita yang aku ni susah nak berterus terang bila sampai bab yang melibatkan hati dan perasaan. aku takut kalau aku berterus terang, ia akan menjejaskan persahabatan aku dengan seseorang. dah mcm2 signal, petunjuk aku beri kat manusia ni. unfortunately, satu pun dia x faham. persoalannya, betulkah dia x faham ataupun sengaja buat2 x faham? ataupun dia hanya menunggu masa aku akan buat sesuatu yang outrageous? ataupun dia ni memang sengal sejak dari dulu? ataupun aku yang sengal?
maybe aku patut berterus terang je. x payah berteka teki, x payah bagi2 signal. cakap je. abis cerita. well,it is easier said than done. kalau senang dah lama aku buat. tapi aku perlu jugak berterus terang so that i can move on with my life. tengoklah mcm mana, lagi 2,3 hari kalau tiba2 dtg kekuatan dalam diri, aku akan cakap. kalau x tunggulah lagi 2,3 tahun. wish me luck!
1 comment:
Tapi berterus terang tu la yang paling baik kan. hehe.
Post a Comment