Thursday, November 20, 2008

flies me 2 d moon

tempat tinggal aku sekarang agak jauh dari rumah mak. kalau nak balik lebih kurang dlm 2 jam perjalanan. jalan yang terpaksa aku tempuhi memang berliku-liku. jln kampung bukan mcm highway punya jln. time mula2 bawak kereta lalu kat jln 2 memang seram gila. kalau setakat jln kampung aku x kisah tapi ni siap ada selekoh2 yg sgt tajam. kalau terbabas alamatnye ke gaung le jawabnye.

itu dulu, tapi sekarang aku dah jadi professional driver. especially time lalu kat selekoh2 yg teramatlah tajam tu. selalu jugaklah aku berangan nak buat drift ala jay chou dlm crite initial d. tapi tu berangan jelah. nak buat betul2 x berani. bila aku nak try buat, aku terbayangkan bagaimana rasanye kalau aku terbabas dan jatuh masuk dalam gaung 2. pasti mayat aku x cantik sebab rentung. thus, aku rase lebih selamat kalau aku berangan je instead of buat betul2.

semua org tahu bila masuk bulan 11, 12 mesti musim hujan. sekarang ni asal petang je hujan, asal hujan je mesti petang. tapi kadang2 pagi pun hujan jugak. x kisah lah, musim hujan best jugak. x payah pergi kenduri kawin. aku pelik betul dgn sesiapa yg nak melangsungkan perkahwinan dlm bulan 11 and 12. memang time 2 tgh cuti skolah tapi dieorg x fikir ke yg musim tengkujuh dah sampai. x ke menyusahkan nak buat kenduri time hujan? leceh, banyak lecak and kalau nasib x baik rumah lak banjir. nanti make up pun x lawa sbb kena air. kan banyak lagi bulan2 lain yg kering? kenapa lah nak gak buat kenduri time hujan? x faham aku.

anyway, aku bukan nak bercrite pasal musim hujan tapi pasal benda lain. tadi baru je abis baca blog anak mat nor yg sgt hilarious dan funny. aku terinspire nak buat entry ni sbb aku pun lalui benda yg agak serupa dgn dia. ni kena ckp awal2 nanti org kata aku tiru or ciplak entry dia lak. walaupun aku tau xde siapa baca blog aku ni hahahaha!! ini pengalaman aku sendiri. betul, aku x bohong.

kejadian berlaku pada petang ahad baru2 ni. as usual sebelum memulakan perjalan balik ke rumah aku yg kat dlm hutan 2, aku pun periksa kenderaan bertayar 4 aku 2. check minyak, air, semuanya penuh. tayar, still ada angin. jajan pun dah siap in case mengantuk mase drive. last skali aku pun masukkan bakul kain bersih yg dah siap dibasuh ke dlm but kereta. ya, aku malas basuh baju so aku buat kerja2 laundry di rumah mak. dah siap semua, aku salam mak dan terus tekan minyak meninggalkan asap yg terpaksa dihidu oleh mak dibelakangku. sebelum kluar simpang sempat aku picit hon sedas 2 kat mak. aku mmg jakun sket ngan hon.

x sampai halfway drive, aku dah nampak rintik2 hujan jatuh kat cermin. mula2 sket, lama2 hujan mula mengganas. lebat sungguh hujan petang 2. sambil drive aku pun sing a long lagu yg ade kat radio. penat melalak sorang2 aku pun stop nyanyi. concentrate drive sambil berangan jadi jay chou. tetiba, telinga aku menangkap satu bunyi yg sgt aku x suka. aku tercari-cari dari mana dtgnya bunyi 2. makin lama, makin dekat dgn telinga aku. rupa2nya ade 3 ekor lalat jadi passenger aku petang 2. wah,wah..bukan main happy lagi dieorg terbang ke sana, ke sini. mentang2 le aku x mampu nak bukak tingkap halau dieorg.

hujan kat luar lak xde tanda2 nak berhenti. makin lebat ada lah. angan2 aku nak buat drift mcm jay chou pun terbantut disebabkan kehadiran tetamu yg x diundang. dah le x diajak tumpang, sesuka ati je buat bising. sudahnya, petang 2 aku pulang dgn ditemani 3 ekor lalat selama 2 jam. malang sungguh aku. after this, sebelum drive kena check dulu manalah tau ade tetamu yg x diundang. pepatah mana yg seuai ngan situasi aku ni malang x berbau atau sediakan payung sebelum hujan?

3 comments:

Mohamad Farez Abdul Karim said...

sediakan payung sebelum mendengar lagu 'hujan'.


:P

Rajuna said...

lalat
boleh dipositifkan kehadirannya.
sebagai rakan karib atau rakan berbual. so suiiit!

AieSha said...

kewl. melalat dalam kereta. kewl.