Sunday, August 2, 2009

cerita tentang TESLian

baru-baru ni dapat peluang jumpa semula member lama yang jauh di mata tapi dekat di hati. ini semua gara-gara kissm dan btn. kalau tak kerana 2 kursus yg equally bosan ni kami semua takkan dipertemukan semula. ala-ala jejak kasih la. rumah nani di ampang jadi rumah tumpangan aku, jane dan dila. setelah hampir 10 bulan kami berpisah tempat tidur, akhirnya aku dan dila kembali tidur bersama dan berkongsi tilam. just like the good old days. * jgn bimbang, selain dari jadi sleeping partner, hubungan aku dgn dila tak lebih dari itu. kami sangat normal malahan tersangat lah meminati kaum adam kan dila kan...*

kali pertama menjejakkan kaki di IPGIK yg dulunya dikenali sebagai MPIK aku disambut dengan hilai tawa vilo. gila punya kuat minah itu menghilai. kalau takde dia mesti suasana muram. laksana hari mendung tanpa pancaran matahari. dia memang "matahari" kami.

as usual, bila dah lama tak jumpa sesi bersembang akan dimulakan secepat mungkin dan berterusan hingga ke dalam dewan kuliah. bukannya dengar sangat lecture tapi busy bersembang. terlampau banyak perkara nak share. kami mengamalkan sikap sharing is caring. kesian lecturer yg bercakap kat depan tu. macam bercakap dengan dinding. nak buat macam mana, topik yang dilecture kan tu sangat bosan.

kadang-kadang aku terfikir apa relevannya aku ambil tahu pasal panjar wang runcit la, panjar khas la dan bermacam-macam panjar lagi. aku bukan nak uruskan kewangan tapi core bussines aku adalah mengajar. ternyata singkat betul pemikiran aku di kala itu. sebagai penjawat awam kita perlu tahu perkara-perkara begini walaupun takde kena mengena langsung dengan bidang kerja. topik yang paling aku gemar sekali adalah perintah am yg berkaitan dengan kenaikan pangkat, elaun dan cuti. tekun aku mendengar dan menyalin. kali ini aku menganggukkan kepala tanda aku faham dan bukan kerana aku mengantuk. aku akui ada kalanya aku terlena di sebalik buku sewaktu mendengar ceramah. biasalah human nature. kalau bosan mesti mengantuk.
di akhir kursus bersama Tuan Haji Mat Akhir yg terpaksa bersabar kerenah kami yang mengalahkan budak budak sekolah rendah. Tuhan sahaja yang tahu betapa sabarnya dia melayan kami, a bunch of crazy people that have the ability to make other people become crazy as well.

di akhir btn. walapun penat, bila time bergambar aje, penat boleh letak tepi sekejap. apa-apa hal kita posing dulu! ya, kami memang suka bergambar. cuba tengok kat facebook berlambak-lambak gambar. mcam-macam aksi tapi aksi erotic takde la. nanti jadi kisah guru terlampau pulak. moto kami semasa btn :
apa yang penting?
kerjasama!

anyway, you guys memang rock. so hopefully reunion yang di plan hujung tahun ni jadi la ye. aku tak kisah pergi mana pun. aku on je..

4 comments:

fadzil hafiz said...

saya juga telah melalui btn dan kissm di maktab.sejujurnya, memang membosankan.tapi ada juga part-part yg seronok terutamanya di btn.

banyak perbincangan dan aktiviti luar.tidak seperti kissm yg melibatkan terlalu banyak komunikasi sehala.betul tak?kahkahkah.

d.o.n.u.t.m.a.n.i.s said...

tersangat la betul. btn lebih mencabar minda & fizikal.

lil' Munchkin said...

buargh...buargh..buargh....
sunggoh seronok waktu kissm dan btn....

duk ampang bergoyang duyu, dan pergi ke fish spa juga seronok.....

berpoco-poco bersama mak wan di btn juga mengkoyakan....

JOM kite reunion lagik!!!!!!!
*yes....we are straight ok....dun get us wrong!

fadzil hafiz said...

lagu menara bangsa adalah lagu tema di btn bukan?'...terbang bebas laksana burung'adalah part yg paling saya suka.kahkahkah.

~bila mau update?