Saturday, August 30, 2008

diriku tapak sulaiman

entry kali ni nak cerita pasal kawan yg agak baik dgn aku di tmpt kerja. nama dia enchek sulaiman. orgnya sgt kecik. sama tinggi ngan aku dan sgt kurus. dia ni makhluk 2 alam. bukan 2 alam yg ehem2 tu tau! cuma dia ni kadang2 extrovert dan kadang2 introvert. depends on his mood. kalau dia rasa nak berckp banyak, dia membebel la sesuka hati dia. if he chooses nak jadi pendiam, lebih baik biar je jgn ditegur nanti kena jerkah. walau apa pun mood dia, sebenarnya dia adalah seorang yg tersgt kelakar.

di tmpt kerja aku ada 2 geng yg mempunyai aliran politik yg berbeza. geng no1 dikenali sebagai akak dan abg yg sokong anuar ibrahim (adaysai) dan geng no2 adalah akak dan abg yg anti anuar ibrahim (adayaai). kalau ditanya aku masuk geng yg mana, dua2 pun aku x berminat nak join. aku dan myra baru je menubuhkan geng no 3 iaitu undi kami adalah rahsia. kenapa aku memilih untuk x join geng2 tersebut? sebab aku malas nak bergaduh pasal org2 politik ni. bkn nak jadi ignorance tapi aku lebih suka jadi pemerhati drpd bertegang leher dgn akak2 dan abg2 yg cuba menegakkan jarum yg basah.

back to enchek sulaiman. satu pagi selepas dapat tahu result election kat permatang pauh yg mana resultnya memang x surprise langsung. just like i expected. anyway, pagi tu enchek sulaiman dgn gaya serius pak menteri kat parlimen masuk ke office. sambil jalan menuju ke meja dia, dia pun buat pengumuman.

enchek sulaiman : Anuar bersumpah.

ringkas je pengumuman yg dibuat tapi impactnya sgt mengkagumkan. serta merta office yg tadi sunyi sepi bertukar jadi bising macam kat pasar dlm sekelip mata.

ADAYAAI : akhirnya, angkat sumpah jugak dia. mesti takut dilaknat Allah.

ADAYSAI : bukan takut dilaknat Allah tapi nak tunjuk yg dia memang x meliwat budak tu.

ADAYAAI : kalau mcm tu kenapa x angkat sumpah dari dulu lagi?

ADAYSAI : nak tgk apa reaksi org2 bodoh mcm korang ni. baru test sikit dah melatah.

dan bermula la perang mulut antara 2 geng tersebut. makin lama, makin hangat perang mulut dieorg ni. mcm2 perkataan yg inappropriate pun keluar. aku dan myra hanya jadi penonton debat tu. dalam hati aku menyumpah enchek sulaiman sebab dia lah punca debat yg kurang bijak ni berlaku. setelah lama mendiamkan diri akhirnya dgn selamba enchek sulaiman pun bersuara

enchek sulaiman : anuar angkat sumpah jadi ahli parlimen la. bukan sumpah liwat.

serta merta office jadi sunyi semula. akak2 dan abg2 yg tgh berdebat terus sambung kerja masing2 dgn muka x puas hati dan panas hati. aku pulak rasa mcm nak side kick je enchek sulaiman yg dah merosakkan keharmonian pagi aku. moral of the story, enchek sulaiman lepas ni tolong le jgn buat statement yg boleh mendtgkan kontroversi kat office ni. pagi2 dah dgr org bergaduh sgt x baik untuk kesihatan mental akak2 dan abg2 kat sini termasuk la aku. x baik tau!

4 comments:

yoshz said...

Kerat je tangan kaki en sulaiman tu. takpe, tapak sulaiman kakn kaki dia boleh tumbuh balik.

d.o.n.u.t.m.a.n.i.s said...

hmm...idea yg bagus. jap lagi nak asah parang. nak bawak gi office..

Danielle_Corleone said...

diriku bukan tapak sulaiman.

Rajuna said...

sulaiman tu M dalam cerita Goda