Thursday, July 31, 2008

dream a little, dream of me

aku ade seorg kawan yg agak sengal. opss.. pembetulan sebenarnya dia sangat sengal. nama dia elmo (bkn nama sebenar). dia adalah seorg gadis yg sgt suka merapu dan merepek. untuk mengetahui tahap kemerapuan dan kesengalan si gadis genit ini sila baca perbualan di bawah ini :

elmo : aku ade cerita best nak story kat kau. ( dgn nada excited)

aku : pasal ape? (buat muka malas nak layan)

elmo : pasal kau.. ( tersengih-sengih)

aku : pasal ape lak? ( tiba-tiba jadi berminat nak dgr)

elmo : last week, 3 hari berturut-turut aku mimpikan kau.. ( buat muka konon2 ade misteri)

aku : mimpi pasal ape eh? ( teruja)

elmo : aku mimpi kau bertunang.. ( sekali lagi buat muka misteri)

aku : ek? dgn siapa? kau nampak x muka org 2? hensem x? ( bertalu-talu soalan di tujukan
dgn nada triple teruja)

elmo : aku dah tau. kau mesti teruja punya.. ( cuba main tarik tali )

aku : cakap le ngan siapa ( separa merayu. elmo sgt suka kalu org merayu kat dia. teruja!)

elmo : hensem, kulit dia cerah. kau kenal dia ( masih berteka-teki)

aku : baik kau cakap sebelum aku simbah air ni kat muka kau ( mengugut )

elmo : jgn le garang sgt. takut i... ( buat suara miang )

aku : siapa?! ( hampir2 hilang sabar)

elmo : nama dia ada aziz kat belakang..

aku : abdul aziz ke?

elmo : bukan..

aku : si ajis 2 ke?

elmo : bukan..

aku : mana ade aku kenal org nama aziz selain 2 org mangkuk tu.

elmo : cuba lagi. dah nak dekat 2..

aku : xkan aaron aziz kot? dia dah kawin le.

elmo : bukan..

aku : malas lah nak teka beritau jelah. (putus asa)

elmo : betul kau nak tau?

aku : ye! siape?

elmo : jangan nyesal..

aku : x nye

elmo : betul ni?

aku : iye..

elmo : NIK AZIZ ( dgn muka selamba sambil ketawa terbahak-bahak)

aku : kau ni @#$(*&^%%$%@!&!

sesungguhnya aku sangat menyesal kerana terperangkap dalam perbualan bodoh seperti ini dgn si elmo 2. kesimpulannya, kawan aku ni memang sengal dan sedaya upaya cuba menjadi pak lawak yg x lawak langsung. cuba lagi ye elmo. practice make perfect. mane tau dgn lawak bodoh kau ni , kau boleh menang title Raja Lawak astro next season..

Tuesday, July 29, 2008

semalam yg penat bukan hangat ye..

semalam memang hari yg memenatkan. memang penat gila. gila punye penat. perkara yg begitu simple boleh jadi perkara yg memenatkan. mak tinggal kan aku kat stesen lrt gombak. dia suruh pergi um sendiri sbb dia ade appointment kat ampang putri pagi 2. aku pun dgn malas akur dgn perintah mak. aku kira ade 18 stesen dari gombak ke universiti. kebarangkalian untuk aku menyambung tido dlm train adalah sgt tinggi. nasib baik dpt duduk kalau kena berdiri lagi haru.

sampai kat stesen universiti terus aku berlari-lari anak mengejar bas rapid kl yg dah nak gerak. nasib baik abg driver 2 nmpak aku yg tgh berlari smbil tangan buat isyarat tunggu. aku pun menghadiahkan senyuman paling manis (manis sgt ke?) kat abg 2. mujur dia nak tunggu kalau x masak nak tunggu bas lagi satu. sampai je um ade satu benda penting yg aku notice semlm : mana perginye bas stop yg kat depan library 2? aku dah gabra. alamak nak turun kat mana lak ni. aku tgk org dlm bas 2 semua buat muka selamba je. so, aku pun xnak memalukan diri sendiri dgn menekan loceng, aku pun join the crowd buat muka selamba gak. padahal dlm hati dah gundah.

rupanya, bas berhenti kat hentian satu lagi. aku confuse. bas ni dah x lalu dpn dtc ke? oleh kerana aku ni memang slow sket pagi semlm, aku pun turun le again, join the crowd. aku pun start menapak menuju ke bangunan peperiksaan. halfway menapak, aku nampak bas lalu ke arah dtc. terus aku tepuk dahi sambil memaki diri sendiri. kan jln sehala, obviously bas akan lalu gak kat depan dtc. kalo x camne nak keluar, kan? agak bodoh jugak lah aku ni.

sampai kat bp aku tgk lautan manusia dah membanjiri perkarangan. mcm kat jom heboh lak perasaannye. mata aku terus roaming carik si elmo sambil tgn ligat membls sms dia. kat mane, kat mane dia tanye. x sabar betul minah ni. finally aku pun nampak le kelibat si elmo. dari jauh aku perasan ade perubahan di wajah dia yg semakin ayu. cewah.. dah pandai pakai eyeshadow lak minah ni. warna pink lagi. bagus-bagus, ada perubahan.

kami pun terus beratur ambik nombor. 3012 adelah nombor aku semlm. dah ambik nombor kami pun terus proceed ke kaunter 3. naik je kat atas 2 terus carik tmpt nak duduk then ternmpak kengkawan yg dah lame berkampung kat situ. almaklum le dah lame x jumpe bile dah berjumpe banyak le gosip2 hangat, yg dah x berape nak hangat pun dikongsi bersama. bak kate mat saleh sharing is caring. yelah 2, menambahkan dosa aku jer..

masuk je kat tempat jubah 2 aku terkejut. oh man! saiz s dah abis xde satu pun yg tinggal. saiz m,l ,xl berlambak lagi. alamak x lawa le aku kalo pakai jubah size m.. dgn pasrah aku pun try le jubah saiz m. tgh sibuk2 try, pakcik yg in charge kat situ melaung-laung sape nak size s, ni ade ni. sape cepat die dpt. mcm kat pasar malam lak. aku pun dgn pantas menyambar jubah yg pakcik 2 hulur. sorry ye cik kak yg pakai baju pink 2. x sengaja nak berebut ngan awk. sape suruh sambar lmbt sgt. dek kerana aku yg sambar dulu, pakcik 2 kasi kat aku. dgn muka x puas hati cik kak baju pink menjeling kat aku sambil merengek kat pakcik 2 : saye dah lame tunggu kat sini, abg kate nak bagi kat saye. abg? obviously pakcik 2 dah tua. ade ke dipanggil abg?

aku x peduli yg penting aku dpt saiz s. aku memang cekap sket bab sambar menyambar ni. teknik ni aku selalu guna time sale especially kat sogo hehehehe... anyway saiz s @ m mcm lebih kurang je tahap kebesarannye. dah nama pun jubah memang le besar kan. dah siap semua urusan and dah puas hati aku pun balik. lagi sekali aku kena lalu 18 stesen. sampai kat gombak mak membebel sbb dia kena tunggu lama. malas nak cari gaduh aku just senyap je. dgr je ape dia nak bebelkan. nak suruh mak senyap senang je aku pun cakap : mak belikan org kereta, lps 2 mak xyah susah2 nak tunggu org lagi. terus mak berhenti membebel. takut le 2. kesian mak dpt anak senget cam aku ni.

sampai rumah, mak paksa aku cuba jubah dia nak tgk. masalah nye aku x tau camne nak pakai hood 2. dah mcm2 gaya aku try tapi semuanye mcm x kena. hmm... mcm mana ni? ade x org boleh tolong aku? aku xnak le hari konvo nanti aku pakai hood lain dari org lain. nampaknye kena S.O.S si elmo nih..